Friday, February 26, 2021

Tesis Theory and application of geophysical geodesy for studying earth surface deformation

 

Berikut adalah tesis geodesi dari University of South Florida, USF. Sebuah uni yang bukannya berlatar geodesi sebaliknya dalam geoscience. Tesis bertajuk "Theory and application of geophysical geodesy for studying earth surface deformation" dikemukakan ke Geology Department. Tesis oleh Makan A Karegar pada 2018. Examiner berlatar belakang geodesi yang terlibat adalah Jurgen Kusche.

Kata kunci kajian adalah - GPS, GRACE, nuisance flooding, subsidence dan surface loading.

Source: sfu - link.

 

Gerbang utama SFU

- - - - -

Saturday, February 20, 2021

Membaca Tesis Rumah PPR KL

 

Ada sebuah tesis memfokus tentang program rumah rakyat untuk golongan berpendapatan rendah. Tesis "Geopolitik dan program perumahan rakyat di Kuala Lumpur pasca pilihan raya umum ke13", Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya, 2015. Antara dapatan kajian tesis adalah:

Dari segi politik, responden menyatakan penyediaan rumah PPR oleh kerajaan BN telah mempengaruhi mereka untuk menyokong BN dalam PRU 2013 lalu. Mereka juga memilih calun yang jujur dan amanah serta mesra rakyat serta menyokong parti yang dapat memacu pembangunan dan membasmi kemiskinan. Mereka turut menyatakan rakyat menyokong BN kerana berpengalaman, janji ditepati serta mengenang jasa pemimpin BN terdahulu. Seterusnya responden juga bersetuju dengan transformasi yang diperkenal oleh PM.

[Ternyata apa yang disebut adalah satu yang tipikal dan stereotype di kalangan pengundi Melayu secara umum].

Manakala rakyat yang mengundi parti-parti dalam PR kerana adil dan janji yang ditawarkan adalah menarik dan menguntungkan rakyat.

Source: students repo um - link.


Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil (link)

- - - - -

Friday, February 12, 2021

Tesis Guru Wanita Melayu Johor (2012)

 

Bagi memahami suasana pendidikan silam jom baca sebuah tesis pendidikan anak-anak Melayu bertajuk "Now we want Malays to awake - Malay Women Teachers in colonial Johor and their legacy". Tesis oleh Anna Maree Doukakis, University of New South Wales pada 2012. Tesis juga memberi fokus kepada peranan dan sumbangan Ibu Zain.

Introduction

Background

Girls' school in colonial Malaya.

Zain

The Persekutuan Perempuan Melayu Johore and Bulan Melayu.

The Malay Women's Training College.

Zain's legacy and research conclusions.

Folder: D 30 sejarah kedah.

Nota: dalam sebuah artikel oleh MRO menyebut bahawa Ibu Zain ketika aktif mengagumi pembaharuan yang dilakukan oleh Kemal Atartuk. Pendirian Ibu Zain adalah juga selari dengan tokoh seperti Za'ba. [Baca bab akhir buku uthmaniyah - entri]


Kampus Institut Teknologi Kalimantan

Baca "ITK akan menjadi perguruan tinggi terbesar di Asia" (link)

- - - - -


Monday, February 8, 2021

Ottoman Valide Sultan

 

Bila membaca sejarah Ottoman akan ditemui juga panggilan atau gelaran Valide Sultan. Terutama apabila sejarah tersebut bercerita tentang campur tangan wanita istana dalam urusan pemerintahan Ottoman. Campur tangan ibu sultan atau para wanita istana adalah suatu fenomena dalam corak pemerintahan Ottoman. Bukan sahaja di kalangan Ottoman malah banyak kerajaan lain juga.

Bila membicara tentang Ottoman banyak nama-nama para wanita istana yang diceritakan tentang peranan mereka memilih waris yang diangkat sebagai sultan. Antara mereka adalah Valide Sultan Maypeyker Kosem yang menjadi nama besar sekitar ketika Ottoman Sultan Murad IV memerintah. Period Sultan Murad IV memerintah adalah 1623-40.


Imperial Hall, Topkapi

Baca artikel "The women who oversaw 3 generations of  the Ottoman empire". Daily sabah 2015 - link.

"Kosem Sultan the last influential female ruler of the Ottoman Empire". History of famous people 2020 - link.

"Who was Kosem Sultan?" - link. 

"The most powerful women of the Ottoman Empire". link.

"Women who ruled: Mahpeyker Kosem Sultan of Ottoman Turkey". History and women 2012 - link. Baca juga komen yang disertakan.

"Game of Ottoman thrones". love istanbul 2016 - link.

Kosem Sultan Mahpeyker (1589-1651) - wiki.


- - - - - 

Wednesday, February 3, 2021

Eger Castle dan Ottoman

 

Eger Castle .. kenapa cerita Eger Castle? Kat mana dapat tahu ada EC? Nama Eger Castle ditemui sewaktu membaca tentang Ottoman khususnya Sultan Mehmed III (r.1595-1603). Beliau ialah Sultan Ottoman ke13. Sewaktu period pemerintahan Mehmed III beliau telah turut bersama pasukan tentera menyerang Hungary. Antara lokasi peperangan ialah kota Eger yang terkenal dengan binaan Eger Castle.


Eger Castle (spottinghistory dot com - link)



travel and lifestyle - link

Baca "The famous Castle of Eger". hungarywanderer dot com - link.

"15 best things to do in Eger". the crazytourist dot com - link.

- - - - -

Tuesday, January 26, 2021

Menjejak Pengasas UKM

 

Penubuhan UKM adalah agak lewat iaitu pada bulan Mei 1970. Sejarah dan perancangan penubuhannya mencapai kemuncaknya sekitar dua tahun sebelum atau pada tahung-tahun penghujung 1960-an. Mereka yang terlibat dengan perancangan UKM masih ramai yang masih aktif walau pun sudah berusia tua. Antara nama yang boleh dijejak infonya ialah Tengku Shamsul Bahrin. Beliau masih aktif dalam pentadbiran sebagai Chanselor Nilai University.

Nama-nama akademik dan pentadbir lain yang berkhidmat period awal UKM boleh baca di fb PTSL UKM (link).

Baca "Varsity appoint first chancellor amid pomp and ceremony". Source - star Aug 2013 (link). 


Buku Sejarah Penubuhan UKM

- - - - -

Friday, January 22, 2021

Peneraju Asas UKM (1970)

 

UKM memula pembukaannya pada tarikh 18 Mei 1970 di kampus sementara Petaling Jaya. Antara tokoh asas yang menerajui UKM ialah:

1. Naib Canselor: Prof. Emeritus Datuk Dr. Rashdan Baba (35 tahun)

2. Pendaftar : Tun Abdullah Mohd Salleh (43 tahun )

3. Bendahari : Datuk Megat Abdul Rahman Megat Ahmad (31 tahun)

4. Ketua Pustakawan : Abdul Aziz Shaik Mydin (30 tahun )

5. Dekan Fakulti Islam : Tan Sri Abdul Jalil Hassan (58 tahun)

6. Dekan Fakulti Sastera : Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas (39 tahun )

7. Dekan Fakulti Sains : Prof. Datuk Dr. Ghazali Abdul Rahman (32 tahun )

Sewaktu peringkat awal perbincangan penubuhan UKM berbagai masalah dan polemik berlaku cetusan dari pelbagai pihak. Menteri Pelajaran waktu itu Khir Johari dan beliau menyata persetujuan untuk menubuh UKM. Namun dari sudut politik beliau tidak membantu sangat. Beliau dan S/U Politik Shariff Ahmad kerap mengelak dan menepis desakan oleh J/K penaja.


Bangunan PKNP Kuantan

- - - - -