Monday, July 25, 2016

Geoid Modelling by LS Modified Hotine – TTU PhD 2016


Sebuah tesis PhD berkaitan geoid modelling telah diselesaikan di Tallinn Technical University. Tesis ditulis oleh Silja Mardla dengan tajuk “Regional Geoid Modelling by the Least Squares Modified Hotine Formula Using Gridded Gravity Disturbances”. Tesis diselia oleh Prof Artu Ellmann dan turut menjadi pemeriksa ialah Prof Sjoberg dari KTH. Menariknya Silja Mardla adalah anak kepada Presiden Estonia (ibu beliau ialah Presiden Estonia Kersti Kaljulaid b.1969, menjadi presiden pada usia 46 tahun).

PhD TTU (2016)


- - - - -

Monday, July 18, 2016

Summer School - Airborne Gravity for Geodesy


A summer school program "Airborne Gravity for Geodesy" was organized by  US National Geodetic Survey. The school was held on May 23-27 in Silver Spring, Maryland.


Airborne Gravity for Geodesy
More info available here - NGS.

- - - - -

Thursday, July 14, 2016

Precision Surveying (Ogundare, 2015)


Sebuah buku teks untuk geomatik "Precision Surveying: The Principles and Geomatics Practice" telah berada di pasaran. Buku ditulis oleh Ogundare terbitan Wiley pada Julai 2015. Buku berharga GBP100 atau USD140 boleh diperolehi di Kinokuniya pada harga Rm640.

Ogundare adalah graduan PhD dari UNB pada 1996 di bawah seliaan Chrzanowski. Prof Chrzanowski menulis Forward buku ini dan menyebut yang Ogundare merupakan 'one of my best graduate students at UNB about twenty years ago'. Chrzanowski seterusnya menyambung "He was a hard working, young scientist, eager to learn, and very thorough in his work".

Ogundare kini mengajar di British Columbia Institute of Technology, Canada.


Precision Surveying
- - - - -

Monday, July 4, 2016

Laporan Tahunan Jupem 2015

 

Laporan Tahunan Jupem 2015.

Source - link.

Sebuah jalanraya Kashmir

- - - - -

Friday, June 24, 2016

Pelajar PSM 2016


Minggu ini merupakan minggu terakhir pelajar 4Sghu di UTM. Mereka telah menduduki peperiksaan kertas terakhir pada Isnin lalu (19/6). Tugasan terakhir masing-masing ialah untuk menghantar tesis PSM yang telah dibinding.

pelajar yang membuat PSM di bawah saya turut menghantar tesis mereka pada hari ini. Mereka ialah Kamarul dan Nur Khalilah. Judul PSM Kamarul ialah "Strategy towards the improvement of height datum in Sarawak" manakala Khalilah pula "Development of deformation modelling routine and incorporating into existing geodetic deformation analysis computational package".


Foto bersama Kamarul dan Nur Khalila
- - - - -

Thursday, June 23, 2016

Pemergian Ibu Encik Shahlan


Selesai sahaja majlis NC satu berita sedih diterima iaitu kematian ibu Encik Shahlan (pensyarah Geomatik). Arwah meninggal setelah uzur sekian lama pada usia lebih 90 tahun. Kunjungan ziarah dilakukan oleh empat staf fakulti iaitu TDPI, PM Din, Encik Imzan dan saya sendiri. Rombongan bertolak pergi selepas zohor dan kembali ke Skudai selepas asar.


Rombongan berziarah ke rumah Arwah
- - - - -

Tuesday, June 21, 2016

Lawatan NC ke FGHT


Pada pagi ini NC datang melawat FGHT. Sempena lawatan tersebut satu sesi engagement telah diadakan. Menurut jadual majlis bermula jam 9.15 pagi namun berlaku kelewatan kerana beliau terpaksa hadir satu mesyuarat penting di luar jadual mengenai isu slide kuliah Titas.

Sesi engagement bermula dengan taklimat Dekan dan kemudiannya ucapan NC. Sesi berakhir dengan soal-jawab yang mana hanya dua staf yang menanya iaitu Prof Alias dan Prof Mazlan. Kehadiran ramai kerana program dimasukkan sebagai slot latihan.


Antara staf yang hadir majlis tersebut
- - - - -