Monday, September 15, 2008

Setem Malaysia 1983

 

Setem keluaran baru sepanjang tahun 1983 - ada tujuh setem semuanya

22 January: Launch of Malaysia LNG Export from Bintulu

14 March: Commonwealth Day

15 June: Fresh Water Fish

1 July: Opening of the East–West Highway

15 July: Silver Jubilee of the Reign of Sultan of Kedah Sultan Abdul Halim

16 September: Golden Jubilee of the Malaysian Armed Forces

26 October: Hornbills of Malaysia



Setem 15sen (source - link)

- - - - -

Subjek matematik masih sebahagian dari pengajian pada T4. Matematik diajar oleh BS. Kelasnya dua kali seminggu. Salah satu periodnya diajar di bangunan kayu berdekatan FAB lama. Bangunan bilik kuliah tersebut mungkin milik FS dan pensyarah mereka majoritinya punya bilik ofis berdekatan.

Topik matematik pada T4 dimulai dengan vektor calculus. Masih ingat masing-masing pelajar akan mencari buku vector calculus terbitan scahum. Kandungannya memeang sedikit mencabar. Apbila keputusan penggal pertama keluar ramai yang mendapat gred rendah. Paling tinggi adalah B dan cuma seorang saja yang dapat.

Bila masuk penggal dua sambung pula dengan tajuk analisis berangka (numerical analysis). Tajuk ini lebih senang berbanding vector calculus dan belajar pun lebih seronok. 

- - - - -

Wednesday, September 10, 2008

Tesis Geodesi UNB 1983


Cuma ada satu saja tesis geodesi UNB pada 1983. Manakala tiga graduan dengan MEng. Mereka termasuklah Prof Sue Nichols (yang seterusnya memperolehi PhD pada 1992 - link). Tiga tesis Meng tersebut adalah dalam pemetaan dan LIS. Menunjukkan unb telah mula memfokus dalam LIM/LIS sejak awal 1980an.

Chen, Yong-qi China Ph.D. Analysis of Deformation Surveys – A Generalized Method.

Babalola, I. A. (Nigeria) MEng “The Role of the National Mapping Organizations in Third World Development”.

Falade, F. (Nigeria) Meng “Property Mapping in the Maritime Provinces: Analysis of Time, Cost and Possible Improvements with Automation Technology”.

Nichols, S. E. (Canada) MEng. “Delimitation of Tidal Boundaries”. Sue dianugerah profesor emerita pada 2014 (link). Ibu beliau Doris Lillian Nichols meninggal dunia pada 2020 (link).


Kuliah Salt ITB

- - - - -

Pensyarah dari Jepun, Akira Sinzi, mengajar dua subjek iaitu Astronomi dan Hidrografi. Setiap kali masuk kelas beliau menyediakan nota pendek yang sudah siap difotostat cukup untuk satu kelas. Penyampaian beliau bagus dan penuh kesungguhan. Namun secara jujurnya agak sukar juga untuk mengikuti kelas kerana sentiasa senang hilang fokus. Satu sebabnya kerana tidak punya kemahiran untuk note taking. Lagi-lagi bila kuliah sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

- - - - -

Sunday, September 7, 2008

Deformation Budapest (1983)


The 3rd FIG Symposium on Deformation Measurements was held in Budapest. The first two symposiums were held in Cracow Poland, in 1975 and Bonn German, in 1978 respectively. But the proceedings of Cracow and Bonn symposiums were not available in UTM.



Budapest Symposium (1983)
- - - - -
 
Subjek yang mencabar semasa T4 ialah Pelarasan Ukur. Teks yang diguna ialah Adjustment Computation oleh Votila dan juga Observations & Least Squares oleh Mikhail. Tugasan dalam subjek PU rata-rata memerlu programming yang diselesai mengguna bahasa Fortran. Kerja programming memang mengambil masa. Apa lagi dengan selalu ada kesilapan dalam menyedia aturcara dan juga masalah bersabit kemasukan data. Apa pun subjek pelarasan sangat menarik minat kerana ia betul-betul berguna dalam kerja ukur geodetik.
- - - - -

Friday, September 5, 2008

Manuscripta Geodaetica (1983)


The last issue of Manuscripta Geodaetica available in PSZ is MG Volume 8, No 2, 1983. After this issue Malaysia was in the recession period and many government spending were cut.



MG 1983

Among the papers in this issue - The GRIM3 Earth gravity field model by Ch Reigber, G Balmino, B Moynot and H Mueller.
- - - - -
 
Subjek yang diikuti sepanjang pengajian T4 dan pengajarnya adalah seperti berikut:
 
Pelarasan Ukur (AWI)
Geodesi (AS)
Astronomi (Akira Sinzi)
Ukur Hidrografi (Akira Sinzi)
Fotogrammetri (ARAB)
Pembangunan Tanah (Sulong Mohamad dari ukm)
Perancang Bandar (Sharifah Nor dan .. Jabatan Perancang Bandar FAB)
Penilaian (MHAH)
Astronomi Lapangan (AS) 

- - - - -

Wednesday, September 3, 2008

Lunar Laser Ranging - UNSW 1982

 090808

Bidang geodesi angkasa maju setapak lagi melalui kajian Lunar Laser Ranging. Sebuah tesis phd UNSW dikemuka pada tahun 1982 seperti mana berikut:

1982: Larden, D "Monitoring of the Earth's rotation by Lunar Laser Ranging".


Movenpick

- - - - -

Pelajar yang mendiami kolej AU3 disedia bas untuk ke kampus. Bagi yang ada motosikal lagi mudah. Perjalanan mengambil masa sekitar 15min melalui pasar keramat dan kemudian membelok jalan belakang hala ke mindef. Kemudahan di kolej AU3 amat basic. Tiada kafe atau kantin. Hendak makan kenalah beli dari warung atau kedai makan berdekatan.

- - - - -

Monday, September 1, 2008

UNSW Surveying Silver Jubilee 1982

 

UNSW Surveying School Silver Jubilee was held in 1982. The event is to celebrate the silver jubilee  of the twenty five years of the BSurv course. As the first class was in 1957, the end of 1982 see the 25 year mark reached. 

Pada tahun 1962 Peter Angus-Leppan tiba dari South Africa dan mula berkhidmat di UNSW. Seorang lagi akademik yang mula berkhidmat pada 1962 ialah George Bennett.

Read "First BSurv UNSW 1962" - entri.

Source - unsw.


Pelajar MSc Geom sebelah kanan sudah bergraduan phd 2020

- - - - -

Selepas dua minggu berlalu barulah masalah penginapan selesai. Kecelaruan mengenai kolej penginapan berakhir apabila pihak utm berjaya menyewa beberapa blok baru flat pkns yang terletak di kawasan AU3 Ulu Kelang. Utm menyewa beberapa blok dan menempatkan pelajar yang membuat rayuan untuk mendapat tempat kolej penginapan.  

Waktu period awal mendiami kolej AU3 berlaku kes unit yang disewa mengalami kecacatan atau defect. Sebagai contoh unit yang saya diami ada masalah saluran paip tersumbat. Akibatnya setiap kali mengguna bilik air akan berlaku limpahan air keluar memenuhi lantai rumah. Kadang kala limpahannya bersekali dengan bahan kumbahan. Yang ini memang memualkan. Apabila berlaku berterusan maka penghuni terpaksa bertukar berpindah ke unit lain. 

- - - - -

Tuesday, August 26, 2008

Proceedings of IAG Tokyo (1982)


The papers from IAG Tokyo meeting were published in several publications/proceedings as follows;

Proceedings of IAG General Meetings was published as a special issue of the Journal of Geodetic Society of Japan (October 1982).

Symp 3 - Recent Crustal Movement, published in Tectonophysics
Symp 4d - Marine Geodesy, published in Marine Geodesy

Symp 4e - Reports on space geodetic activities with international implications, published in CSTG Bulletin 4

Symp 5 - Geodetic applications of radio interferometry, published by NOS/NGS.


Bahan pameran Toyota Motor Tokyo
- - - - -

Selesai praktikal topografi jupem maka tamatlah sesi pengajian T3. Keputusan peperiksaan akhir pun diumumkan dan alhamdulillah lulus semua subjek. Maka sudah boleh bersedia untuk pengajian penggal berikutnya bermula pada Julai.

Cabaran awal ketika memula pengajian T4 ialah bersabit penginapan. Pelajar T4 tidak lagi mendapat penginapan kolej secara automatik. Tidak seperti mana ketika mendaftar T3 pelajar kemasukan lanjutan. Maka terpaksalah mencari bilik sewa secara ad-hoc. Dalam mencari-cari akhirnya dapatlah bilik sewa di sebuah rumah kayu sekitar Kpg Baru. Tinggal di rumah tersebut sambil berharap masih berpeluang dapat penginapan kolej.

- - - - -