Sunday, July 2, 2006

Setem Pos Tahun 1976

 

Setem pos keluaran tahun 1976 terdiri dari enam siri seperti berikut.

19 January: Mint Stamp Butterfly Coil

6 February: 75th Anniversary of the Institute of Medical Research

28 February: Installation of the Yang Di Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra

17 August: Official Opening of the State Assembly Complex and Administrative Building, Sarawak

18 October: 25th Anniversary of Employees Provident Fund, Malaysia

20 November: 25th Anniversary of the Malaysian Association for the Blind


Setem - 25th Anniversary of the Malaysian Association for the Blind

- - - - -

Tahun 1976 tahun menunggu keputusan peperiksaan. Tiada aktiviti yang dapat diceritakan. Sekadar di rumah dengan rutin menunggu surat tiba di kaunter wakil pos. Apabila rakan sama batch telah mula belajar samaada di sekolah dan ipta rasa tertanya apa yang sudah berlaku. Ada rakan yang memberi beberapa cadangan. Antaranya datanglah ke sekolah lama dan ada juga yang mencadang terus saja ke institusi yang dipohon.  

- - - - -

Thursday, June 15, 2006

Topik Tesis Geodesi Fizikal 1975

 

Pada 1975 beberapa tesis tentang geodesi berfokus kepada perhitungan geoid. Antaranya adalah:

1. Sjoberg - KTH - beliau adalah pelajar phd yang memulai pengajian pada September 1971 dan tamat pada Mei 1975. Tesis Sjoberg bertajuk "On the Discrete Boundary Value Problem of Physical Geodesy with harmonic Reduction to an Internal Sphere". Penyelia beliau ialah A Bjerhammar dan turut memeriksa  kerja beliau ialah Prof E Tengstrom dari Uppsala Univ. 

Menurut Sjoberg .. My own Ph.D. thesis was concerned with Bjerhammar’s method, collocation and their similarities.

2. Lachapelle - TU Graz

3. Charles Merry - UNB

- - - - -

Tahun 1975 merupakan tahun peperiksaan. Subjek MT pula memang tidak dapat ditolong dan jauh sekali dari popular. Satu puncanya ialah hilang arah ketika guru mengajar. Ditambah pula dengan langsung tidak mengulang kaji.

Dalam geodesi fizikal pada era sekitar menjelang pertengahan 1970an perhitungan geoid menjadi fokus. Faktor yang menyumbang kepada hal ini ialah kemunculan teknologi satellite yang turut menyumbang kepada perolehan data untuk kerja ukur. Dalam bidang ini kekuatan matematik menjadi penyumbang untuk berjaya. 

- - - - -

Monday, June 12, 2006

Tesis Geodesi German 1973-1975

 

Universiti di Jerman yang punya bidang pengajian geodesi sudah jauh maju ke depan sejak sekian lama. Pada sekitar 1973-1975 beberapa tesis geodesi telah selesai di beberapa buah universiti di sana. Berikut adalah antara topik geodesi yang kesemuanya dalam bahasa Jerman.

Heribert Kahmen 1973 Untersuchung von analogen und digitalen Phasenmeßsystemen in der elektrooptischen Entfernungsmessung (TU Berlin)

Georgi Milev 1973 Ausgleichung, Analyse und Interpretation von Deformationsmessungen (Stuttgart)

Christoph Reigber 1974 (Habilitation TUM) Bestimmungsgleichungen für Resonanzparameter der Ordnung 13 aus der Analyse von Bahnen der Satelliten GEOS B, BEC und D1D. Phd 1969 TU Munich.

Reiner Rummel 1975 Zur Behandlung von Zufallsfunktionen und -folgen in der physikalischen Geodäsie. PhD 1974 TU Darmstadt - Dissertation "stochastic series and functions in physical geodesy". 

Klaus-Peter Schwarz 1975 Zonale Kugelfunktionskoeffizienten aus Satellitendaten durch Kollokation. Baca obituary 2012 (calgary). [KP Schwarz, 1939-2012].

Ewald Reinhart 1975 Exakte Abschätzung von Maximalfehlern aus vorgegebenen Toleranzen der Beobachtungsgrößen

Armin Grun 1975 Photogrammetrische Rekonstruktion von Rotationsflächen aus Einzelbildern (TU Munich)

Reiner Rummel (b.1945) - pioneer of space geodesy

source - link

- - - - - 

Tahun pengajian T4 dan T5 adalah tahun bergelut dengan subjek MT. Subjek tersebut diajar oleh guru yang sama pada kedua-dua tahun. Ketika awal T4 perjalanannya agak baik tetapi tidak bertahan lama. Lama kelamaan menjadi hilang punca. Apa yang diingat cuma ada topik pengkerbedaan dan pengkamiran. Yang pasti kekuatan untuk menguasai subjek semakin terhakis. Ujian bulanan yang diduduki menyaksi pencapaian yang rendah.

Dalam bidang geodesi mereka yang ke depan jauh pastinya memanfaat berbagai cabang MT. Topik kajian yang disenarai di atas membukti bahawa MT terpakai banyak di merata peringkat.  

- - - - -

Wednesday, June 7, 2006

Setem Pos Tahun 1975

 

Pada tahun 1975 ada enam siri setem pos yang dikeluarkan seperti senarai di bawah:

1 March: 3rd World Hockey Championship

1 May: 25th Anniversary of Malaysian Trade Union Congress

8 May: Installation of the Sultan of Pahang Sultan Ahmad Shah

25 August: International Women's Year

22 September: Koran Reading Competition

22 October: 50th Anniversary of Rubber Research Institute of Malaysia


Setem 1975 - Rubber Research Institute

source - commonwealth

- - - - -

Semasa Kejohanan Hoki Piala Dunia berjalan beberapa perlawanan telah disiar langsung oleh TV Malaysia. Pihak sekolah memberi peluang pelajar untuk menonton. Bilik TV bagi pelajar lelaki di Asrama Blok B. Masih ingat menonton pasukan Malaysia ketika perlawanan separuh akhir. Malaysia tewas kepada 3-2 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan.

- - - - -

Monday, June 5, 2006

IAG General Assembly Grenoble France (1975)


The International Association of Geodesy hold its 1975 General Assembly from Aug 18 to 23 in Grenoble France.

Presiden IAG sesi 1971-75 ialah Youri D. Boulanger dari Russia. Manakala pada sesi 1975-79 dipegang oleh Tauno J. Kukkamäki dari Finland.

Makluman diambil dari sumber online. Tak pasti samaada proceeding iag ini ada di psz.


Tauno Kukkamaki [1909-1997] (wiki)

- - - - -

Pada period ini berada di T5 dan semua bersedia untuk peperiksaan pada hujung tahun. Subjek MT dan F memang sudah tidak dapat dibantu. Sesi kaunseling dan latih tubi memang tidak wujud pada zaman semasa.

- - - - -

Thursday, May 18, 2006

Setem Pos Keluaran Tahun 1974

 

Setem Pos yang dikeluar saban tahun dapat mencerita sedikit peristiwa dan sejarah yang berlaku pada tahun berkenaan. Sepanjang tahun 1974 ada enam setem yang dikaluarkan.

1 February: Establishment of Kuala Lumpur as a Federal Territory

25 April: 7th Annual Meeting of the Board of Governors of the Asian Development Bank

1 August: Malaysia Scout Jamboree

1 September: 25th Anniversary of the National Electricity Board

9 October: Centenary of the Universal Postal Union

31 October: 4th World Conference on Tin in Kuala Lumpur


Setem Persidangan Timah Sedunia ke-4, 1974

- - - - -

Saturday, May 13, 2006

Tesis Geodesi UNSW Sekitar 1974

 

UNSW merupakan institusi ternama dalam surveying sekitar tahun 70-an. Berikut adalah beberapa tajuk tesis phd yang dihasilkan di UNSW sekitar tahun 1973 dan 1974. Ia sebagai petunjuk kepada perkembangan yang berlaku dalam surveying pada period berkenaan.

UNSW telah punya Tellurometer MRA101 sejak tahun 1966.

1973:

Stolz, A. “Three dimensional Cartesian coordinates of part of the Australian Geodetic Network by the use of local astronomic vector systems” (BSurv UNSW 1963).

1974:

HL Mitchell “Relations between mean sea level and geodetic levelling in Australia”.

AJ Robinson (BSurv UNSW 1962) “A study of zero error and ground swing of model MRA101 Tellurometer”.

Nota: Majlis persaraan Art Stolz sekitar Jun 1998.



Art Stolz berdiri tengah (di apit oleh Trinder dan Kearsley)

- - - - -

Rutin ketika T4 adalah ke kelas semula selepas selesai rehat makan dan solat zohor. Sebelah petang ada roll-call untuk persediaan Maghrib di Masjid. Selesai solat makan malam dan selepas itu kelas prep. Sekiranya masing-masing punya disiplin tinggi sudah pasti segala hal subjek yang dipelajari berjalan teratur elok.

Namun begitu period dengan masing-masing bebas dengan cara sendiri dan tanpa sesiapa menegur maka kecenderungannya adalah untuk tidak peduli sangat kepada pelajaran. Cuma setakat menyudah kerja sekolah. Itu pun bila ada kerja sekolah. Kalau tidak maka duduk sesaja tanpa.


- - - - -