Saturday, May 27, 2023

Misi Explorer 1 (1958)


Apa yang berlaku pada suku pertama 1958?
Disamping kejayaan sebagai satelit pertama dilancar Amerika Syarikat Explorer 1 juga memain peranan dalam misi saintifik. Explorer 1 telah membawa bersama tiub Geiger yang membolehkan ia mengesan kewujudan sinaran cosmic di angkasa lepas. Data yang direkod tiub Geiger dikutip oleh beberapa stesen pengesan di Bumi. Bateri yang dipasang bersama tiub tersebut punya jangka hayat cuma dua bulan. Namun ia telah dapat beroperasi untuk tempoh empat bulan berakhir Mei 1958. Data yang dikutip akhirnya berjaya mengesan kewujudan fenomena Van Allen Belt di angkasa lepas.

Petikan (iowa - link):

"The successful orbiting of Explorer I in 1958 is one of the landmarks in the technical and scientific history of the human race. Its instrumentation revealed the existence of radiation belts of the earth and opened up a massive new field of scientific exploration in space. It inspired an entire generation of young men and women in the United States to higher achievement and propelled the western world into the space age."

Explorer 1 dibangun oleh JPL

- - - - -

No comments: