Sunday, October 30, 2022

Sultan Perak ke15 - Sultan Iskandar Zulkarnain (1752-1765)


Sultan Perak berikutnya iaitu yang ke-15 ialah Sultan Iskandar Zulkarnain. Nama asal beliau ialah Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Syah. Beliau ialah anak kepada Sultan Muhammad Syah yang pernah menjadi Sultan Perak ke-14 selama tempoh dua tahun (1742-43). Raja Iskandar juga adalah menantu kepada Sultan Muzaffar Syah III (1728-52). Sultan Iskandar Zulkarnain bersemayam di Pulau Cempaka Sari di tepi Sungai Perak dekat Kuala Sungai Kinta.

Antara catatan sejarah pada period SIZ berakhirnya keturunan Megat memegang jawatan Bendahara. Yang terakhir memegang tugas Bendahara ialah Megat Abu Kasim yang berakhir dengan meletak jawatan. Antara alasan beliau meletak jawatan ialah Sultan tidak berpuas hati dengan  keadaan istana baru yang dibina di Pulau Indera Sakti. Istana tersebut dibina di bawah kelola Bendahara Megat Abu Kasim. Berikutnya dilantik sebagai Bendahara ialah adik Sultan sendiri iaitu Raja Alauddin. Jawatan Bendahara terus dipegang oleh kaum kerabat untuk tempoh dua ratus tahun sehingga 1959. Jawatan Bendahara kemudiannya kembali dipegang oleh orang kebanyakan dengan pertama oleh Bendahara Cik Muhammad Yusuf (CM Yusuf).

Pada period Sultan Iskandar Zulkarnain pihak Belanda telah berurusan dengan beliau dalam hal belian bijih. Belanda menggunakan perantara iaitu seorang India yang bernama Pir Muhamad. Beliau amat disukai oleh Sultan sebelum ini (i.e., Sultan Muzaffar Syah III). Namun ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain beliau tidak lagi boleh berbuat sesuka hati sebagaimana sebelumnya. Maka Pri Muhammad telah memfitnah kepada Belanda bahawa Sultan Iskandar Zulkarnaini merancang serang pihak Belanda. Ekoran hal tersebut hubungan Perak dengan Belanda agak tegang untuk beberapa tempoh.

Dari sudut pemerintahan period Sultan Iskandar Zulkarnaini dikatakan sebagai terbaik. Beliau mengambil berat tentang hal rakyat. Beliau meninggal dunia pada tahun 1765 dan dimakam di Pulau Indera Sakti. Gelaran beliau ialah Marhum Kaharullah atau Marhum Kahar.

Baca "Bagaimana pusat pemerintahan wujud di Cempaka Sari". Link - orang perak dot com.

Sekitar lokasi kedai makan halal SR

- - - - -

Wednesday, October 26, 2022

CS - Sultan Muhammad Shah (1742-1750)

 

Ada sedikit kekeliruan dalam tarikh takhta pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Benarkah period cuma sekitar 1742-1743? Senarai dalam wiki memapar bahawa Sultan Perak ke13 adalah Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752). Manakala Sultan ke14 adalah Sultan Muhammad Syah (1744-50). Bermakna ada pertindihan tarikh takhta. Makna lainnya ada dua sultan pada period 1744-1750.

Buku CS mencatat bahawa ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III berlaku konflik antara Baginda dengan adik beliau Raja Muda Muhammad Syah. Pada 1743 Raja Muda Syah yang disokong oleh beberapa pembesar diketuai oleh Bendahara telah diangkat menjadi sultan berpusat di Pulau Tiga. Gelaran beliau adalah Sultan Muhammad Syah. Manakala putera sulong beliau bernama Raja Iskandar sebagai Raja Muda. Sultan Muhammad Syah juga mendapat dokong puak Bugis pimpinan Daing Celak.

Konflik berakhir pada 1743 apabila Sultan Muhammad Syah (Raja Bisnu) bersetuju damai dengan Sultan Muzaffar Syah III (Raja Inu). Raja Bisnu juga bersetuju dengan cadangan melanti anak beliau Raja Iskandar sebagai Raja Muda Perak.

Sultan Muhammad Syah mangkat pada 1750 ketika Sultan Muzaffar Syah III masih memegang takhta. Sultan Muzaffar Syah III mangkat pada 1752. Beliau diganti oleh Raja Muda Iskandar yang memakai gelaran Sultan Iskandar Dzulkarnain Syah.

Bangunan bersebelahan Renaissance Hotel SR

- - - - -

Sunday, October 23, 2022

Sultan Perak ke14 - Sultan Muhammad Shah (1742-1743)


Sebagaimana  ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742.

Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah. 

Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak. 

Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Syah dan dimakamkan di Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah "Marhum Aminullah". Makam beliau kini telah tiada lagi kerana telah jatuh ke sungai.

Angkor King Plaza, SR (a.k.a Rotary Club of Angkor)

- - - - -

Wednesday, October 19, 2022

Sultan Perak ke13 - Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756)


Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga.

Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua.

Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III.

Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period Sultan Muzaffar Syah III. Seorang raja Bugis Daing Selaili dengan gelaran "Haji Besar" telah menawan beberapa orang lanun di Pulau Sembilan, Perak. Kumpulan lanun tersebut telah diserah kepada Sultan. Ekoran hal tersebut Daing Selaili telah dikahwinkan dengan Raja Tengah iaitu adik perempuan Sultan.  

Daing Selaili berikutnya telah dilantik menjadi Mufti pertama Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi Orang Besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela.

Sultan Muzaffar Syah III meninggal dunia pada 1756. Beliau dimakamkan di Berahman Indera dan diberi gelaran "Marhum Haji Allah".




Angkor Horward Hotel SR

Buku CS menulis tarikh takhta SMS3 sebagai 1728-1752. Info CS adalah sama dengan senarai sultan perak yang dipapar dalam wiki (link).

- - - - -

Sunday, October 16, 2022

Sultan Perak ke12 - Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-28)


Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam.

Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya.

Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak.

Pengganti beliau adalah adiknya bernama Raja Inu yang sebelum ini memegang kuasa sebagai Raja Bernam.


Sebuah gerbang komplek kerajaan bersebelahan Airport SR

- - - - -

Thursday, October 13, 2022

CS - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)


Sultan Mahmud Iskandar Syah tidak punya putera lelaki. Makanya beliau melantik adiknya yang bernama Raja Mansor sebagai pewaris takhta. Namun begitu Raja Mansor mangkat lebih awal dari Sultan Mahmud. Raja Mansor mempeunyai beberapa putera yang kemudiannya memegang takhta Perak.  Di antara putera tersebut adalah Raja Radin (Sultan Alauddin Riayat Syah),  Raja Inu (Sultan Muzaffar Syah III), dan Raja Bisunu (Sultan Muhammad Syah).

Di awal abad ke18 (ketika Sultan Mahmud Iskandar masih berkuasa) pengaruh Siam kian ketara di Tanah Melayu. Siam turut menghantar tentera menyerang Perak. Pada 1710 Raja Ini selaku pemangku Raja Perak meminta Gabenor Belanda menghantar utusan bagi mengada hubungan persahabatan. Belanda bertindak melengah-lengah manakala Perak bernasib baik kerana pada masa sama Siam menumpu pertahanan mereka dari serangan Vietnam.

Perak pula berdepan perang saudara setelah kemangkatan Raja Mansor yang asalnya bakal mewarisi takhta. Sultan Mahmud melantik anak Raja Mansor bernama Raja Radin sebagai pengganti. Manakala Raja Inu dilantik sebagai Raja Bernam.

Setelah Sultan Mahmud Iskandar mangkat pada 1720 naik takhta adalah Raja Radin dengan gelaran Sultan Alauddin Mughayat Syah.

Kopitiam SR Airport

- - - - -

Monday, October 10, 2022

Sultan Perak ke11 - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)


Entri asal geop 10/2016.

Selepas Sultan Muzaffar Syah II mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun.

Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Aceh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Aceh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Aceh semata.

Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan pemerintah Aceh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah dengan Kompeni Belanda.

Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah.

Circle K Mart, Airport SR

- - - - -

Thursday, October 6, 2022

Kemasukan Islam Nusantara - Pengislaman Orang Melayu


Bab 1 buku Islam dan Masyarakat Melayu Msia terbitan DBP oleh MRO membincang tentang pengislaman orang Melayu. Ada tiga isu utama yang dibincang mengenai pengislaman Melayu dan Nusantara. Pertama berkaitan siapa mereka yang berperanan penting memperkenal Islam kepada orang Melayu dan isu kedua bila pengislaman tersebut berlaku? Manakala isu ketiga bagaimana proses pengislaman Melayu berlaku dengan berkesan sehingga orang Melayu menerima Islam sebagai cara hidup mereka.

Isu yang menjadi polemik ialah adakah Islam diperkenal kepada Melayu datang dari India atau dari Tanah Arab? Bagi orientalis Barat mereka cenderung mengata Islam Tanah Melayu datang dari Benua Kecil India. Maksud di sebalik pernyataan Orientalis ini adalah untuk menyata bahawa Islam Tanah Melayu bukanlah datang dari sumber asal (dari Tanah Arab). 

Antara rujukan yang dipetik adalah;

"Reconstruction of Malaysian History" terbitan oleh Syed Hussein Alatas tahun 1962.

Baca juga "Silencing as method: Leaving Malay Studies out (nus 2018/19 - link).

The roles of Malay in the process of Islamization of the Malay World. (iium - link).

"Notes on various theories regarding the Islamization of the Malay Archipelago" syed farid alatas 1985 - Afq folder D 2022 conversion to islam)

Islam in SE Asia reflection and new direction oleh anthony johns (cornell - link

New light on the coming of Islam to Indonesia oleh G Drewes (researchgate - link)

Masjid Darul Aman BKK

- - - - -