Simen merupakan salah satu inovasi hebat yang mengubah dunia. Pada zaman silam sebelum ada simen beberapa bahan dan adunan telah dicuba pakai dalam kerja binaan bagi mengikat dan mengeras (binders capable of hardening to hold other materials together). Umpamanya Assyrian mengguna bahan bitumen, manakala orang Mesir mengguna gabungan pasir dan gypsum yang mana gandingan campuran tersebut diadun bersama batu kecil membentuk menjadi mortar.
Konkrit dalam kerja pembinaan mula diperkenal ketika zaman Rom. Konkrit mula diperkenal oleh arkitek Rom bernama Marcus Vitruvius Pollio (d.15 CE). Orang Rom berikutnya telah berjaya membina bangunan Pantheon pada sekitar 118 CE dengan mengguna pakai inovasi yang diperkenal Vitruvius.
Inovasi mengguna pakai simen bagi menghasilkan konkrit diperkenal oleh jurutera bernama John Smeaton (1724-92). Sumbangan besar Smeaton ialah kejayaan beliau membina Eddystone Lighthouse di Selat Channel mengguna simen konkrit. Binaan tersebut siap pada 1759.
Kampit simen untuk binaan
- - - - -
No comments:
Post a Comment