Sunday, February 24, 2019

Ismael Faroughi – Accuracy of the classical height system

Tesis PhD oleh Ismael Foroughi “Accuracy of the Classical Height System”. Tesis seliaan MC Santos dan P Vanicek. Examiner Riccardo Barzaghi.

Kandungan:

1. Introduction

2. Optimal combination of satellite and terrestrial gravity data for regional geoid determination using Stokes-Helmert’s method, the Auvergne test case.

3. Computation of precise geoid model of Auvergne using current UNB Stokes-Helmert approach.

4. In defense of classical height system.

5. Sub-centimeter geoid

6. Conslusions.

Dell D 1c Jan 2019

- - - - -

Wednesday, February 20, 2019

Geodesy and Mathematics - Petr Holota 2017

 

Satu presentation "Geodesy and Mathematics - recent developments" oleh Petr Holota

Source - holota.

- - - - -

Friday, February 15, 2019

ITB Geodesy Module Handbook 2018

 

Program Geodesi ITB menerbit buku panduan bagi pengajian S1 mereka untuk 2013-2018.

Source - itb.


potret sambil potret

- - - - -

Sunday, February 10, 2019

Persaraan TKPU I Jupem

TKPU I Sr Tuan Haji Kamali telah mengakhiri perkhidmatan di Jupem pada 14 Jan lalu. Beliau merupakan graduan BSurv UTM pada 1983.

 

- - - - -

Wednesday, February 6, 2019

Pencarian Coretan Hal Simen

 

Antara info tambahan tentang penciptaan simen yang elok kalau dapat dicari adalah:

Tokoh awal yang menemui simen 

- Marcus Vitruvius Pollio (81-15 BC), beliau adalah seorang akitek, jurutera, dan pengarang yang menulis buku De Architectura / Ten Books on Architecture. Baca - wiki dan ancient.


Buku oleh Vitrivius  (source - link)

- John Smeaton, jurutera yang menemui simen moden. 

- Joseph Aspdin, pengilang simen pertama.

Perlu juga membuat carian tentang;

- Pantheon, binaan pertama yang mengguna simen/konkrit; 

- Eddystone Lighthouse - binaan pertama di tempat terendam, tepi laut mengguna simen.

- Dapatkan juga tentang portland cement. Apakah dia?


Tugu singa ni dibina dari simen ke?

- - - - -

Saturday, February 2, 2019

Great Innovation - Cement by John Smeaton (d.1792)

 

Simen merupakan salah satu inovasi hebat yang mengubah dunia. Pada zaman silam sebelum ada simen beberapa bahan dan adunan telah dicuba pakai dalam kerja binaan bagi mengikat dan mengeras (binders capable of hardening to hold other materials together). Umpamanya Assyrian mengguna bahan bitumen, manakala orang Mesir mengguna gabungan pasir dan gypsum yang mana gandingan campuran tersebut diadun bersama batu kecil membentuk menjadi mortar.

Konkrit dalam kerja pembinaan mula diperkenal ketika zaman Rom. Konkrit mula diperkenal oleh arkitek Rom bernama Marcus Vitruvius Pollio (d.15 CE). Orang Rom berikutnya telah berjaya membina bangunan Pantheon pada sekitar 118 CE dengan mengguna pakai inovasi yang diperkenal Vitruvius.

Inovasi mengguna pakai simen bagi menghasilkan konkrit diperkenal oleh jurutera bernama John Smeaton (1724-92). Sumbangan besar Smeaton ialah kejayaan beliau membina Eddystone Lighthouse di Selat Channel mengguna simen konkrit. Binaan tersebut siap pada 1759.


Kampit simen untuk binaan

- - - - -