Tuesday, November 28, 2017

Dinner Program JTS - Restoran See Good


Pada malam ketiga team UTM dibawa ke satu lagi majlis dinner. Kali ini tuan rumahnya ialah Encik Romzi dan beliau membawa kami ke Restoran See Good. Restoran yang terkenal dengan hidangan sea food. Ramai pengunjung restoran dua tingkat ini. Tingkat bawah adalah ruang terbuka manakala tingkat atas disediakan bilik tertutup yang biasa nya telah ditempah khas. Tuan rumah sudah menempah bilik tingkat atas yang muat untuk lapan orang.


Dinner bersama En Romzi (no 4 dari kanan)

Encik Romzi merupakan pelajar batch tahun pertama yang memula pengajian di kampus Skudai pada sesi 1988/89. Beliau grad pada 1993 dengan KTK tajuk "Ujian kesesuaian kaedah differential untuk kerja ukur  kejurutraan".
- - - - -

No comments: