Thursday, February 25, 2016

Mesyuarat Kumpulan Kerja Geodetik - KKG Jupem


Pada setiap tahun penghujung Februari Bahagian Ukur Geodeik (BUG) Jupem mengadakan mesyuarat KKG. Pada tahun ini mesyuarat diadakan pada Khamis 25 Feb. Panggilan mesyuarat kali ini dikeluarkan awal iaitu tiga minggu sebelum. Ahli mesyuarat agak ramai lebih 30 wakil dari berbagai agensi - Jupem, UTM, Uitm, JMG, JMM dan Jabatan Tanah dan Survei Sabah & Sarawak. Antara agendanya ialah pembentangan laporan aktiviti enam kumpulan kerja - Project Team 1 - 6.
Pada tahun ini nampaknya hanya Team 2 dan 5 sahaja yang menyediakan laporan bertulis yang dikemukakan kepada urusetia sebelum tarikh mesyuarat sebenar.


Set-up meja ruang mesyuarat KKG

- - - - -

No comments: