Mesyuarat pertama Geodetic Working Group telah diatur oleh Jupem untuk kesemua Project Team membentang laporan dan aktiviti yang dicadang pada tahun ini. Mesyuarat tersebut diadakan pada minggu akhir Februari (selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina). Walau bagaimana pun saya gagal untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Pertamanya kerana panggilan mesyuarat yang dihantar oleh Jupem agak tergesa (i.e, short notice). Panggilan disampaikan melalui email seminggu sebelum tarikh mesyuarat. Email panggilan mesyuarat dihantar pada tarikh sehari sebelum cuti Tahun Baru Cina. Pastilah ramai staf yang telah mula bercuti dan tidak membuka email. Saya juga telah bercuti pada tarikh emel panggilan mesyuarat dihantar.
Beberapa hari kemudian satu lagi emel dihantar memaklum pindaan tarikh mesyuarat dipinda sehari lebih awal (patutnya kalau perlu dipinda seeloknya dilewatkan). Apa sekali pun saya hanya membuka emel dan membaca notis panggilan mesyuarat betul-betul pada hari mesyuarat sedang berjalan. Maka kerana itulah saya gagal hadir ke mesyuarat berkenaan.
Saranan:
Mesyuarat penting sebegini perlu perancangan awal dan hebahan disampaikan dengan ambil kira tempoh masa yang mencukupi bagi ahli mesyuarat yang bukan dari Jupem. Elakkan bermesyuarat pada tarikh yang ramai orang mungkin bercuti (seperti musim cuti perayaan).
- - - - -
No comments:
Post a Comment