Thursday, October 5, 2006

Tesis UNB 1978 - Pengajian T3

 

Tajuk tesis SE UNB sepanjang tahun 1978. Cuma graduan peringkat Master sahaja yang ada.

Carney, DT. Canada MScE - Investigations into an Epipolar Correlation System with On-Line Closed Circuit Television.

MacLaren, RA. Scotland MScE - A Digital System for Map Revision.

Nesbö, I. J. Norway MScE - Comparison of Mathematical Models for Doppler Satellite Positioning.

Goonewardene, RA. Malaysia MEng - A Synthesis of Specifications and Recommendations for Engineering Surveys.

Source -  link. Baca juga - link.


Sesi amali ukur - SE UNB (source - link)

- - - - -

Pengajian T3 merangkumi subjek seperti fotogrametri, ukur topografi, undang-undang tanah. Ukur topografi diajar oleh pengajar dari Seksyen Topografi Jupem. Manakala undang-undang tanah di ajar oleh Tuan Jagjit Singh. Beliau merupakan pengamal perundangan dan peguam terkenal. Fotogrametri diajar oleh Encik MSML yang baru pulang dari nelp. Subjek matematik masih ada dan kali ini diajar oleh Encik Teoh.

Ukur topografi melibatkan kerja amali pada setiap minggu. Ada empat buah bukit sekitar KL menjadi lokasi amali - Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Sg Besi dan satu lagi lupa namanya. Paling mengecewa adalah bila memakai peralatan Tellurometer MRA 101. Pengukuran jarak sering tergendala sekali pun sudah MRA 101 diset elok dan bateri yang mencukupi. Pemakaian MRA 101 ternyata agak rumit.

- - - - -

No comments: