Amali kerja ukur yang dipelajari pada awal pengajian ketika period tahun 70-an tertumpu kepada ukur asas melibatkan ukur rantai, ukur kompas, dan plane table. Ukur rantai berfokus kepada pengukuran jarak. Ukur kompas pula sebagai pengenalan kepada pengukuran bearing manakala plane table adalah gabungan kepada ukur jarak dan orientation dalam menghasil pelan butiran satu kawasan kecil.
Pada masa kini semua teknik ukur asas ini sudah pun obsolete, yang masih kekal ialah keperluan bagi mengukur bearing/direction dan pengukuran jarak. Pada zaman 70-an alat yang digunakan bagi mengukur bearing ialah teodolit, manakala jarak diukur dengan rantai. Maka kemahiran menggunakan teodolit amat diambil berat dan perlu diberi perhatian dalam kerja amali ukur pada awal pengajian ketika period pertengahan 70-an. Pengukuran jarak mengguna rantai adalah suatu proses yang boleh dikata straigh-forward dan agak mudah.
Antara alat teodolite yang digunakan ketika itu ialah Teodolite T2 yang dikeluarkan oleh syarikat peralatan ukur Wild iaitu satu jenama terkenal dari Switzerland.
Sumber rujukan - melb uni (link); dehilster (link); wild collection (link); sage unsw (link); dan civil eng unsw (link).
Teodolite Wild T2
- - - - -