Saturday, April 17, 2010

Buku Surveying Lama Clendinning 1978

 

Buku rujukan bagi subjek surveying memang agak berkurangan. Di librari pun memang tidak banyak. Kalau ada pun bukunya memang sudah lama dengan kandungan yang sudah obsolete. Salah satu buku survey yang ada di librari ketika itu adalah buku Principles of Surveying yang ditulis oleh Clendinning. Buku berkenaan telah ditulis dalam beberapa edisi dengan edisi awalnya pada 1950 membawa kepada 1960.

James Clendinning lahir pada 1888 dan mendapat pendidikan di Queen's University, Belfast, selepas tamat pengajian peringkat kolej pada 1906. Beliau lulus BSc Engineering yang diberi oleh London Uni kepada pelajar Queen's. Beliau memperolehi AMICE pada 1913. Beliau bertugas sebagai surveyor di Nigeria hingga kedudukan Deputy Surveyor General pada 1924. Clendining meninggal dunia pada 1966 ketika usia 77 tahun. Baca - link.

Kandungan buku memanglah obsolete setakat pengukuran jarak dengan kaedah optikal. Teknologi semasa sudah membolehkan jarak diukur mengguna peralatan EDM.


Principles of Surveying oleh J Clendinning

- - - - -

No comments: