Sunday, October 9, 2005

Penubuhan Parti Malaya (1956)

 

Malayan Parti merupakan sebuah parti untuk kaum Cina serpihan MCA. Parti tersebut ditubuh di Melaka pada 24 Okt 1956 oleh pengasasnya Tan Gee Gak. Parti Malaya mendapat dokongan dari the Federation of Chinese Guilds and Associations dan juga the Malacca Chinese Chamber of Commerce. Kedua-dua badan ini sememangnya di ketuai oleh Tan Gee Gak. Malayan Party ditubuhkan sebagai respon kepada kebimbangan kaum Cina terhadap pendirian Perikatan Umno-MCA kepada deraf perlembagaan yang sedang dirangka. Parti Malaya ditubuh bertepatan dengan tarikh Hari Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai menyata sokongan kepada Universal Declaration of Human Rights. Parti Malayan juga mendokong status Melaka sebagai sebuah crown colony, yang memberi kaum Cina lebih hak berbanding negeri-negeri Melayu.

Parti Malaya menyertai pilihan raya tempatan Melaka dan berjaya memenangi kerusi pada 1956, 1957 dan 1958. Parti tersebut gagal memenangi kerusi dalam pilihanraya peringkat negeri pada 1959. Namun begitu dalam pilihanraya perseketuan pada 1959 Parti Malaya berjaya menang kerusi Bandar Melaka yang ditandingi oleh Tan Gee Gak.

Parti Malaya dibubar pada March 1964 apabila Tan Gee Gak kembali semula menyertai MCA.

Boleh memuat tiga tetamu

- - - - -

No comments: