Wednesday, June 15, 2022

Biografi Politik Aziz Ishak 1955-1962


Aziz Ishak merupakan ahli kabinet pertama zaman Tunku. Beliau memegang potfolio pertanian. Sejarah menyaksikan Aziz Ishak dipecat dari jawatan menteri oleh Tunku pada 1962.

Ada sebuah kajian mengenai biografi politik Aziz Ishak. Kajian bertajuk "mm" uum pada tahun 2013.

Kandungan:

Pengenalan; Sejarah hidup; Pemikiran dan tindakan Aziz dalam sektor pertanian; Senario hubungan politik Aziz dengan Tunku; Implikasi hubungan politik Aziz denagn Tunku; Kesimpulan dan caangan.

Folder: Afq sept2022 aziz ishak.

Pusat Islam UUM Sintok

- - - - -

Friday, June 3, 2022

Tafsir Rauf Sinkeli - Tafsir Tarjuman Al-Mustafid.


Kewujudan kitab tafsir di Nusantara dikatakan bermula dengan tafsir oleh Abdul Al-Fansuri Singkeli (d.1693). Beliau menghasilkan kitab tafsir terawal dalam bahasa Melayu berjudul Tafsir Tarjuman Al-Mustafid. Tafsir dikatakan berasas kepada Tafsir Jalalaiyn. Rauf berangkat belajar di Mekah pada 1642 dan berada di sana sekitar sembilan belas tahun.

Dalam ehwal politiknya, Abdul Rauf diangkat sebagai Qadi al-Malik al-‘Adil (mufti) oleh Sultanah Safiatuddin sekitar tahun 1661-1662. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga beliau meninggal dunia selama empat era pemerintahan iaitu bermula dengan pemerintahan Sultanah Taj al Alam Safiatuddin Syah (1641-1675M), Nur al-Alam Nakiayatuddin Syah (1675- 1678M), Inayat Syah Zakiyatuddin Syah (1678-1688M) dan era pemerintahan Kamalat Syah (1688-1699M).

Baca Tafsir Tarjuman Al-Mustafid: Diskursus Biografi, Kontestasi Politis-Teologis, dan Metodologi Tafsir. Tebal 22 m/surat - link.

Tafsir Tarjuman Al-Mustafid

- - - - -

Wednesday, June 1, 2022

Tesis Pendidikan Kaum Cina (NUS 2011)


Isu sejarah pendidikan kaum Cina sebelum merdeka banyak dibincang dan ditulis. Antaranya sebuah tesis "Institutions and social mobilization: the Chinese education movements in Malaysia". Tesis oleh Ang Ming Chee, NUS tahun 2011. Ang memiliki ijazah masters dari Uppsala dan BA dari USM. The Chinese education movement di Malaysia sudah bergerak aktif sejak tahun 1951.

Kandungan

Institution and social mobilization

Nation building and formation of social movement.

Challenges and adaptations.

Leaders, alliances and politics.

Mobilization machinery.

Damansara save our school movement.

Discussion and conclusion.

Afq D 2020 gagasan bangsa.

Buku tentang Lim Leon Geok - Tokoh Pendidikan Kaum Cina

Buku berharga Rm25 (link

Baca juga "The UEC has been around for rears". cili sos - link.

- - - - -