Kenapa menulis mengenai MA? Cetusan dari pembacaan buku Farish Noor yang mengandungi beberapa artikel tentang MA. Artikel tersebut membincang kontroversi MA yang dimulai dengan kekaguman beliau terhadap British. MA dalam sejarah hidupnya menyaksikan Captain Farquhar meletupkan dynamite bertujuan utntuk meruntuh binaan kota Melaka. Usaha pemusnahan kota tersebut dimula oleh Farquhar pada 1804. Ternyata usaha tersebut menemui jalan sukar dan membawa kepada ikhtiar meletup dengan peledak pada 1807.
MA lahir di Kpg Tekek Melaka pada 1796, iaitu sekitar sepuluh sepuluh tahun selepas Francis Light tiba di Pulau Pinang 1786. MA pernah berkhidmat di bawah Stamford Raffles bermula pada 1810. MA kemudiannya berpindah ke Singapura mengikut Raffles pada 1819. MA meninggal dunia di Jeddah ketika beliau dalam perjalanan menunai fardu haji pada 1854. Pada 1821 bila mana Siam menyerang Kedah seorang pembesar Kedah melarikan diri ke Melaka. Beliau diberi perlindungan oleh British. [Mungkinkah belia Ahmad Tajuddin Syah? - sejarah kedah - link].
Pada era MA berlaku juga beberapa pergolakan di Sumatera dan Indonesia. Dua pergolakan yang besar adalah Perang Padri Minangkabau 1821-1832 dan rusuhan Pengiran Diponogoro di Jawa 1825-1830.
Sebuah buku mengenai Munsyi
- - - - -