Tuesday, January 26, 2021

Menjejak Pengasas UKM

 

Penubuhan UKM adalah agak lewat iaitu pada bulan Mei 1970. Sejarah dan perancangan penubuhannya mencapai kemuncaknya sekitar dua tahun sebelum atau pada tahung-tahun penghujung 1960-an. Mereka yang terlibat dengan perancangan UKM masih ramai yang masih aktif walau pun sudah berusia tua. Antara nama yang boleh dijejak infonya ialah Tengku Shamsul Bahrin. Beliau masih aktif dalam pentadbiran sebagai Chanselor Nilai University.

Nama-nama akademik dan pentadbir lain yang berkhidmat period awal UKM boleh baca di fb PTSL UKM (link).

Baca "Varsity appoint first chancellor amid pomp and ceremony". Source - star Aug 2013 (link). 


Buku Sejarah Penubuhan UKM

- - - - -

Friday, January 22, 2021

Peneraju Asas UKM (1970)

 

UKM memula pembukaannya pada tarikh 18 Mei 1970 di kampus sementara Petaling Jaya. Antara tokoh asas yang menerajui UKM ialah:

1. Naib Canselor: Prof. Emeritus Datuk Dr. Rashdan Baba (35 tahun)

2. Pendaftar : Tun Abdullah Mohd Salleh (43 tahun )

3. Bendahari : Datuk Megat Abdul Rahman Megat Ahmad (31 tahun)

4. Ketua Pustakawan : Abdul Aziz Shaik Mydin (30 tahun )

5. Dekan Fakulti Islam : Tan Sri Abdul Jalil Hassan (58 tahun)

6. Dekan Fakulti Sastera : Prof. Dr. Syed Naguib Al-Attas (39 tahun )

7. Dekan Fakulti Sains : Prof. Datuk Dr. Ghazali Abdul Rahman (32 tahun )

Sewaktu peringkat awal perbincangan penubuhan UKM berbagai masalah dan polemik berlaku cetusan dari pelbagai pihak. Menteri Pelajaran waktu itu Khir Johari dan beliau menyata persetujuan untuk menubuh UKM. Namun dari sudut politik beliau tidak membantu sangat. Beliau dan S/U Politik Shariff Ahmad kerap mengelak dan menepis desakan oleh J/K penaja.


Bangunan PKNP Kuantan

- - - - -


Tuesday, January 19, 2021

Sejarah Penubuhan UKM

 

Penubuhan UKM mencatat satu sejarah besar negara dalam menegak insitusi pengajian tinggi dengan pengantar Bahasa Melayu. Banyak catatan sejarah yang ditulis sebagai ingatan memori pencapaian besar negara.

Antara sumber yang ditemui adalah sebuah blog dibangun oleh staf perpustakaan ukm - harithsidek (link). Sejarah penubuhan fakulti perubatan pula - link.

Bila mencerita sejarah penubuhan UKM akan disebut tentang pendidikan Melayu zaman silam. Anak-anak Melayu dulu hanya belajar di rumah dan juga di premis agama. Mereka cuma diajar menulis, membaca dan membilang secara paling asas. Para penjaga anak-anak masa itu tidak menggalak anak mereke ke sekolah. Sebaliknya anak lelaki disuruh membantu berkebun dan bertani. Manaka anak perempuan hanya membuat kerja dapur. Penjajah British pula tidak membantu sangat sebaliknya sekolah yang mereka ada cuma mendidik anak Melayu untuk mewarisi kerja ibubapa mereka.


Signage Masjid Tanjung Api Kuantan

- - - - -

Thursday, January 14, 2021

Sejarah Penubuhan KIK 1955

 

Sebuah tesis mengenai sejarah penubuhan KIK. Tesis oleh Abdul Talib Hamid bertajuk "KIK: analisis sejarah penubuhan  1955-65". Tesis MA UM pada tahun 2001.

Sumber: um link.


Mini Zoo Kemaman

- - - - -

Tuesday, January 12, 2021

Tokoh Sejarah Khasnor Johan

 

Membaca buku Sejarah UKM menemukan nama seorang tokoh akademik sejarah Dr Khasnor Johan. Beliau memperolehi PhD dari Monash Uni dengan tesis bertajuk "The administrative elite in the Federated Malay States: An aspect of Malaysian social history". Tesis tesebut diterbit pada 1974. Hasnor berkahwin dengan warga Australia Harold Crouch pada 1973.

Khasnor bertugas di UKM pada 1974 hingga 1992. Harold juga turut bertugas di UKM pada 1976 hingga 1990. Pada 1991 Harold balik ke Canberra dan bertugas di ANU. Selepas bersara Khasnor juga berpindah ke Canberra.

Baca Khasnor - wiki.


Kedai roti 

- - - - - 

Friday, January 8, 2021

Bahan Bacaan Pendidikan Silam

 

Bab 1 buku Sejarah Penubuhan UKM dimulai dengan menyebut beberapa bacaan rujukan tentang sejarah pendidikan Melayu zaman British. Antaranya adalah;

Awang Had Salleh "Pelajaran dan Perguruan Melayu di Zaman British" terbitan tahun 1974 dan 1980. Ada yang masih jual pada harga Rm40 (pustaka pakcik - fb).

Chelliah, D D (1960) "A short history of the education policy of the Straits Settlements".

Baca artikel " A history of the educational policy of the Straits Settlements with recommendations for a new system based on vernaculars". Blog NUS - link.

Baca juga "Vernacular education". Source - spore - link.


Paris Nord Cafe

- - - - -

Monday, January 4, 2021

Membaca Binding G05

 

Membaca sebuah artikel dalam binding G05. Artikel menyentuh tentang spectral analysis of block data in ggm determination. Pengkaji menyampaikan dapatan kepada satu kerja yang beliau secara hitungan simulasi. Beliau menyaran supaya kerja yang sama dibuat mengguna data sebenar yang lebih mencabar dan lebih real. Pengarang Alberta Albertella (b.1962) dari Milano Italy. Beliau menulis tesis "Calcoli geodetici sulla sfera con la serie Fourier" pada 1993. Dalam english "Geodetic calculations on the sphere with the Fourier series" atau "Analysis by Fourier series on the sphere". Beliau berlatar belakang MSc Physics pada 1990 dengan tesis tentang satellite gradiometry. Kini berjawatan AP sejak 2015.

Sedikit mengenai Albertella - polimi (link).


Jualan souvenir

- - - - -