Tuesday, April 28, 2020

Coronavirus dan Projek Angkasa Lepas

Wabak Coronavirus telah melumpuhkan industri penerbangan di banyak negara. Di negara kita Air Asia dan Malindo terjejas teruk. Selain sektor penerbangan penumpang, Coronavirus turut memberi kesan kepada industri penerbangan angkasa lepas. Syarikat Bigelow Aerospace (BE) yang berpengkalan di Nevada AS telah memberhenti kesemua 68 pekerja mereka pada hujung Mac 2020. BE berperanan membantu NASA dengan membekal modul spacecraft aksesori yang dipasang kepada ISS. Modul tersebut diguna sebagai ruang store tambahan dan juga ruang bekerja ketika berada di angkasa lepas.

Menurut pemilik BE tindakan drastik menghenti pekerja terpaksa diambil apabila Gabenor Nevada mengisytihar syarikat aerospace tidak dibenar beroperasi sepanjang adanya wabak Covic-19 ini. Gabenor Nevada mengkelasifikasi BE sebagai industri aerospace dan tergolong sebagai industri bukan keperluan.

Dalam perkembangan lain NASA akan terus menggunakan teknologi yang dicadang oleh BE. NASA memutuskan untuk menyalur peruntukan kepada sebuah lagi syarikat pembekal iaitu Axiom Space. Mereka akan melancar modul bakal dibangun Axiom Space menjelang tahun 2024.

Modul yang dibangun Bigelow Aerospace pada 2014

Modul Bigelow Aerospace diguna pakai oleh ISS pada 2016mm

– – – – –

Saturday, April 25, 2020

Chandra’s Exploration of the Cosmos

Kita cuma tahu X-ray dan mengenalinya sebagai kegunaan perubatan sama ada di hospital dan juga klinik. Namun X-ray juga sebenarnya mempunyai kegunaan lain dan satu daripada adalah dalam astronomi angkasa lepas. NASA telah mencipta dan melancar satu kapal angkasa lepas yang dilengkapi dengan sistem kamera X-ray untuk mendapatkan imej angkasa lepas kajian kosmologi.  Teknologi angkasa lepas tersebut dinamai Chandra’s X-ray Observatory, dibangun oleh NASA dan mula dilancar pada Julai 1999.

Catatan dari buku Space Exploration page 212. Link berkaitan – harvarduni.

Chandra X-Ray Observatory

(source – nasa)

– – – – –

A cosmic of Jekyll and Hyde

(imej optikal berbanding imej X-ray)

Jurnal tentang kajian Jekyll & Hyde boleh baca di sini – cornelluni.

– – – – –

Wednesday, April 22, 2020

ESA’s Solar Orbiter (Feb 2020)


Dalam suasana gawat Covid kumpulan pengkaji sains angkasa lepas sempat juga melancarkan sebuah sebuah kapal angkasa Solar Orbiter atau nama ringkasnya SolO. Ia dibangun oleh European Space Agency (ESA) dan telah dilancarkan pada 9 Feb 2020 di Cape Canaveral, Florida. SolO mengambil masa lapan tahun untuk dibina dan diuji sebelum sedia untuk pelancarannya. Tugas SolO antara lain adalah untuk mengkaji tentang matahari dari dekat. SolO akan berada pada orbit 42 milion km dari bumi iaitu bersamaan satu per empat jarak sebenar bumi ke matahari. Pada jarak sebegitu pun suhu kepanasan mencecah 600 deg Celsius. Untuk mengurang kesan panas matahari SolO dilengkapi dengan coating yang dibuat dari tulang binatang yang sudah dipanggang panas. SolO juga akan bekerja dalam keadaan yang dibantu oleh lindungan lapisan titanium. SolO dilengkapi dengan enam kamera yang akan mengambil imej matahari pada period yang dirancang.

Ada sedikit tentang SolO kat buku Space Exploration m/surat 238.

Solar Orbiter dibalut dengan lapisan titanium

 

Solar Orbiter

Sunday, April 19, 2020

Kalendar Sambutan Sains

Selain kalendar 12 April bagi memperingati Yuri Gagarin dan penerbangan pertama Space Shuttle ada beberapa lagi kalendar yang berkaitan dengan sains. Antaranya adalah;

Darwin Day (12 Feb); Pi Day (14 March); Tau Day (28 June); Space Exploration Day (20 July); Ada Lovelace Day (14 Oct); Mole Day (23 Oct); Newton Day atau ‘Grav-Mass Day’  (25 Dec).

Source – theguardian.

- - - - -

Wednesday, April 15, 2020

Mesopotamia Assurbanipal Clay Tablet

Di antara penemuan arkeologi dunia yang bersejarah adalah clay tablet zaman Mesopotamia. Penemuan tersebut ialah pada period 1870-1880. Clay tablet yang ditemui dikatakan dihasilkan period pemerintahan King Ashurbanipal (atau eja Assurbanipal) iaitu pada tahun 8 BC.

Catatan ini ialah setelah membaca kandungan awal buku Universe (belian Bookexcess).

Baca "A library fit for a King". Link - british museum. Baca juga "Cuneiform". Link - khan academy.

Menu hidangan steak halal

- - - - -

Sunday, April 12, 2020

Yuri Gagarin dan Space Shuttle

Tarikh 12 April merupakan satu tarikh signifikan dalam sejarah sains penerokaan angkasa. Ada dua peristiwa penting pada tarikh tersebut – penerbangan kapal angkasa pertama oleh Yuri Gagarin pada 1961 dan penerbangan Space Shuttle pertama pada 1981. Bagi mengingati tarikh 12 April berbagai sambutan diadakan oleh pelbagai penganjur yang kebanyakannya dipenuhi dengan jamuan dan hiburan bukanlah sangat menyambut tentang sains penerbangan angkasa. Baca – wiki.

Yuri’s Night poster

– – – – –

Monday, April 6, 2020

Tokoh Falsafah - Plato (428-348BC)

Plato (428-348 BC) seorang tokoh falsafah yang tersohor. 

Plato recognized Earth was a sphere, but not in moved, fixed at the center of the Universe.

Ecliptic: the sun moved along the same fixed path called ecliptic.

Scene menghampiri Bandar Muar

- - - - -

Friday, April 3, 2020

Ahli Matematik Silam - Pythagoras

 

Phytagoras (570 - 500 BC) lahir di Samos Greece. Beliau kemudiannya berhijrah ke Itali. Beliau adalah tokoh pertama yang mengetengah idea bahawa Bumi adalah berbentuk sfera. Phytagoras juga femes dengan kenyataan beliau ... "all things are numbers". 

Kilang Biskut Munchy's

- - - - -

Wednesday, April 1, 2020

Democritus - Saintis Silam (b.~460 BC d.~370 BC)


Bila membaca buku THSS pada m/s 9 para 2 dibincang tentang sumbangan saintis silam Greek purba bernama Democritus. Beliau mengetengahkan ilmu tentang the atomic theory of the universe. Satu hal yang kita perlu ambil kira pandangan Democritus mengenai alam iaitu kejadian dan semua yang berlaku berkait kewujudannya adalah hasil tindak balas natural semata. Maknanya beliau secara total menolak kuasa PenciptaNya.

Dalam sudut interaksi dengan ahli falsafah silam Greek pendapat Democritus ditolak oleh Plato. Malah Plato mengusul supaya dibakar semua buku dan hasil tulisan Democritus. Sebaliknya, Aristotle pula menyukai Democritus.

Biografi Democritus boleh dibaca di wiki dan di famousscientist. Pada zaman hayatnya Democritus melawat dan bertemu ahli pemikir Anaxagoras (510 BC - 428 BC), Hippocrates, Socrates dan Plato.



Democritus ... the laughing philosopher


source - famous philosophers


Info tentang zaman pemikir Greek silam
- - - - -