Wednesday, December 18, 2019

From Copernicus to Darwin – Chp 2


Chapter 2 – From Copernicus to Darwin (1473-1882) merupakan kandungan dari buku berikut;

G. Trueba, C. Montúfar (eds.), Evolution from the Galapagos, 11 Social and Ecological Interactions in the Galapagos Islands 2, DOI 10.1007/978-1-4614-6732-8_2, © Springer Science+Business Media NewYork 2013

Folder – dr jaw

- - - - -

Sunday, December 15, 2019

Large-Scale Metrology – a book from Springer


To those who want to have a reference book on metrology (especially geodetic metrology) is encouraged to refer a book published by Springer – Distributed Large-Scale Dimensional Metrology.


- - - - -

Wednesday, December 11, 2019

Laporan Tahunan ljt 2018

 

LJT membentang laporan tahunan mereka setipa tahun kepada Parlimen Malaysia. Laporan Tahunan 2018 boleh rujuk dari laman Parlimen Malaysia.

Source - parlimen 2019.


Kebun Bunga Kashmir

- - - - -

Wednesday, December 4, 2019

Eksperimen Awal Penerbangan - Montgolfier Brothers (1783)


Membaca buku "Space Exploration" dapat dikutip beberapa maklumat tentang usaha eksperimen awal yang dilakukan manusia untuk terbang. Antara usaha awal adalah dengan penciptaan belon dan glider atau kepak. Ada enam nama yang disebut sebagai pelopor eksperimen penerbangan Mereka adalah dua beradik Montgolfier (Joseph-Michel & Jacques-Etienne Montgolfier), Zeppelin, Otto Lilenthal dan dua beradik Wright Brothers.

Joseph-Michel (1740-1810) dan Jacques-Etienne (1745-1799) adalah yang pertama memulakan eskperimen tersebut. Pada 1783 mereka berdua berjaya menerbangkan belon dalam satu peristiwa yang disaksi oleh ramai. Kejayaan ini adalah ketika zaman pemerintahan King Louis XVI.




Belon yang diterbangkan oleh Montgolfier Brothers (1783)

Baca artikel "The first hot-air ballon flight". Link - spacecom apr 2019.

Artikel "A rooster, a duck, and a sheep walk into a hot air balloon .. and make aviation history, of course!". Link - atlasobscura Jan 2018.

- - - - -

Monday, December 2, 2019

Penilaian Semula Hitungan Waktu Solat Subuh


Waktu solat Suboh dilewatkan lapan minit sudah diwartakan di beberapa negeri Semenanjung. Keputusan ini dibuat ekoran resolusi yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja pada November. Sebuah paper jurnal "Penilaian semula hitungan waktu Subuh di Alam Melayu" membincangkan hal yang sama telah terbit dalam sebuah jurnal ukm (link). Berikut adalah abstrak paper berkenaan;

Jadual waktu solat dewasa ini, ditentukan dengan kaedah hitungan falak dan tidak lagi berdasarkan cerapan tanda alam. Bagi penentuan waktu subuh di Alam Melayu, hitungan dilakukan berdasarkan sudut tunduk matahari pada 19° dan 20° di bawah ufuk. Kajian ini bagi menilai sejauh mana waktu subuh yang dihitung dan diterbitkan oleh agensi agama bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit. Kajian dijalankan dengan kaedah pengimejan kamera Kanta Pemantul Tunggal Digital, DSLR (Digital Single Reflex Lens) di 22 lokasi di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand antara Februari 2017 hingga September 2018. Kajian mendapati waktu subuh yang di hitung tidak menepati waktu sebenar terbit fajar. Purata perbezaan antara waktu subuh yang diterbitkan dengan waktu sebenar fajar terbit adalah 11.4 minit. Kekerapan perbezaan tersebut yang paling tinggi ialah antara 9 hingga 12 minit. Kekerapan perbezaan tersebut adalah sama di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Daripada kajian ini, purata sudut tunduk matahari ketika fajar terbit adalah 17.15° di bawah ufuk. Nilai ini berbeza dengan nilai sudut yang digunakan hari ini (19° dan 20°) dalam hitungan waktu subuh di Alam Melayu. Daripada dapatan kajian ini mencadangkan agar pihak berkuasa agama membuat koreksi terhadap waktu subuh yang diterbitkan agar bertepatan dengan waktu sebenar fajar terbit.



Jualan sayuran Kashmir

- - - - -