Thursday, October 31, 2019

Menapis Dulu Bila Baca Tentang Sejarah


Artikel panjang ini dipetil dari srikandi.

Ideologi "Pasukan Hijack Sejarah Swasta"
Apa yang Srikandi dedahkan ni bukanlah benda tersembunyi ke apa. Bukan fitnah ke apa. Benda ni dah pun dilaporkan oleh Malaysiakini.
Untuk menganalisis apakah ideologi atau propaganda yang ingin diracun oleh pasukan musibat ini, maka kita kena mengenali siapa 'de facto' pasukan ini. 'De facto' pasukan ini adalah perunding pengurusannya yang bernama Ranjit Singh Malhi.
Berapa penting dia ni dalam pasukan musibat ni? AMAT PENTING! Menurut laporan Malaysiakini tu, dia dan bekas Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya Sivachandralingam Sundara Raja akan menjadi PENULIS UTAMA!
Jadi kita kena belajar perkataan 'de facto' ni. Apa-apa pun sesuatu organisasi tu, kita kena perati siapa de facto dalam tu. Contoh PKM letak Melayu jadi pengerusi, tapi de facto nya adalah setiausaha agungnya, Chin Peng. Jadi pasukan musibat ni akan letak nama-nama Melayu sebagai boneka sahaja, tapi yang karang sejarahnya ialah mamat bernama Ranjit Singh Malhi ni.
Apakah pandangan dia kepada orang Melayu dan sejarahnya? Apakah konsep buku teks sejarah yang ingin dikarangnya? Semua blueprint dalam kepalanya ada dalam slide ini: https://bit.ly/2UlVjkU
Sila baca sebelum dia padam.
Anda boleh meneliti slide ini dan anda akan dapati bahawa, sebagaimana tajuknya, orang ini menuduh sejarah Malaysia terlalu 'Islamik' atau 'Malay-centric'. Pandangan ini lebih kurang sama dengan isi memorandum NGO-NGO pendidikan Cina yang bertemu dengan timbalan menteri KPM tempoh hari. Mereka, sebagaimana pandangan Ranjit Singh Malhi, mencadangkan bahawa sejarah Melayu dalam buku teks sejarah Malaysia hendaklah dikurangkan/dihapus dan digantikan dengan sejarah kaum-kaum lain.
Padahal sejarah Malaysia automatik 'Malay-centric' sebab orang Melayu-muslim masih membentuk majoriti populasi Malaysia dan sejarah mereka memang mendominasi dan paling tua sebagai pribumi negara ini. Takkanlah sejarah India banyak cerita pasal orang India boleh dituduh 'Indian-centric'? Takkan sejarah China yang cerita pasal dinasti-dinasti China dilabel sebagai 'bias' atau 'Chinese-centric'? Common sense la.
Ranjit Singh Malhi juga berpandangan serupa dengan menteri musibat M Kulasegaran yang mengatakan orang Melayu sebagai pendatang. Baca:
Jadi, adakah orang ini akan bermurah hati menuliskan sejarah Malaysia dari kacamata pribuminya yakni orang Melayu yang tamadunnya sejauh 582 Sebelum Masehi dengan usia genetiknya "a par with Orang Semang" sejauh 60,000 tahun? Sudah tentu tidak!
Maka korang sebagai anak Melayu ni yang tanahair ini adalah "tanah tumpah darahku", tanah nenek moyang korang, jangan biarkan penjajah-baharu menuliskan sejarah tanahair korang sesukatapakkaki dia. Penjajah nak racun satu bangsa, dia racun sejarahnya dulu.
Jangan biarkan projek musibat ni dilaksanakan. Korang kena bersuara dan protes habis-habisan. LAWAN! Mana-mana perhimpunan kelak, kena naikkan isu ni. Tularkan. Sebarkan. War-warkan.
Jangan sampai korang dan anak cucu korang terjajah lagi dalam tanahair sendiri. Dijajah tu amat sakit, bisanya makan ratusan tahun. Sekali dijajah, nak usir penjajahan tu... minta nyawa, mintak darah mintak keringat yang mahadasyat tak terjangkau dek akal.
~Srikandi
fight for your history!

source webfb



Exhibit di sebuah museum
- - - - -

Tuesday, October 29, 2019

Pendokumentasian Ilmu Falak Alam Melayu (Mat Rofa Ismail 2013)


Satu kertas kerja "Pendokumentasian Ilmu Falak Alam Melayu" telah dibentang oleh PM Dr Mat Rofa Ismail. Pembentangan dibuat dalam Seminar Tokoh Ilmu Falak Zon Utara pada 2013. Seminar anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jakim dan Uitm Pulau Pinang.

Folder: D falak jakim (muat turun pada 2019)



Entrance Door
- - - - -

Wednesday, October 16, 2019

New IAG Secretary

Markku Poutanen telah dilantik sebagai secretary baru IAG. Beliau menggantikan Hermann Drewes. Poutanen adalah dari National Land Survey of Finland. Lantikan beliau bermula pada sesi 2019.

Currently, Poutanen is the Director of the Geodesy and Geodynamics Dept at FGI.

Markku Poutanen

(source – nlsfindland)

- - - - -

Thursday, October 10, 2019

Rod Blais Geomatics Calgary (d.2019)

Prof Emeritus Rod Blais, Geomatics U of Calgary telah meninggal dunia pada 27 Jun lalu. Berita kematian beliau dilapor dalam IAG Newsletter keluaran September. Rod Blais meninggal pada usia 67 tahun. Blais adalah graduan Matematik Loyola College (kini Concordia Uni) dan PhD Surv Eng UNB. Berita awal turut dilapor oleh Uof C (link).

Blais

mmm

Monday, October 7, 2019

IAG Official 2019-2023

International Association of Geodesy (IAG) telah melantik Official baru untuk memegang tugas sepanjang period 2019 hingga 2023. Senarai penuh mereka adalah seperti senarai berikut:

IAG Official 2019-2023

President – Zuheir Altamimi (France)

Vice President – Richard Gross (USA)

Secretary – Markku Poutanen (Finland)

Commission 1 Reference Frame – Christopher Kotsakis (Greece)

Commission 2 Gravity Field – Adrian Jaggi (Switzerland)

Commission 3 Earth Rotation & Geodynamic – Janusz Bogusz (Poland)

Commission 4 Positioning & Application Allison Kealy (Australia) [Melb Uni]

Service Rep Position 1 Johannes Bohm (Austria)

Service Rep Position 2 Tom Herring (USA) [MIT Boston]

Service Rep Position 3 Toshimichi Otsubo (Japan)

Members at Large 1 Sonia Costa (Brazil)

Members at Large 2 Yamin Dang (China)

President of the Communication and Outreach Branch – Szabolcs Rozsa (Hungary) [BUTE]

Inter-Com Committee on Theory – Pavel Novak (Czech Republic)

Editor in Chief Journal of Geodesy – Jurgen Kusche (Germany)

mmm

Friday, October 4, 2019

Ahli Kartografi dan Navigasi Islam Silam - Piri Reis dan Kemal Reis

 

Dalam bidang kartografi dan navigasi ada dua nama besar yang menjadi kebanggaan Ottoman. Mereka adalah Piri Reis (1470-1554) dan Kemal Reis (1451-1511). Kedua nama ini ada pertalian keluarga. Kemal Reis adalah bapa saudara kepada Piri Reis. Kedua-dua mereka sering bersama dalam melakukan pelayaran. Piri Reis terkenal pada period Sultan Sulayman the Magnificient (r.1520-1566). 

Piri Reis merupakan ahli kartografi yang menghasilkan peta dunia yang dikira antara paling awal. Di hujung usia Piri Reis telah dihukum bunuh oleh pemerintah Ottoman Basra kerana membantah arahan beliau untuk menentang Portugis di utara Teluk Parsi.

Kemal Reis terkenal sebagai pelayar dan juga tokoh angkatan tentera laut period Ottoman. Kemuncak karier Kemal ialah ketika period Sultan Bayezid II (r.1481-1512).

Baca Kemal Reis di wiki dan Piri Reis (wiki). 

Bazaar menjual pakaian - Tallinn

- - - - -