Monday, September 30, 2019

Shibam Yemen


Membaca artikel sejarah kadang kala membawa kita seolah-olah mengembara ke tempat bersejarah. Kali ini kita ke kota Shibam di Yemen. Kota ini disebut dalam artikel tentang "Urban life in Islamic world" m/surat 143 buku Francis Robinson.

Kini Shibam tersenarai sebagai Unesco World Heritage List (link - unseco)


Kota Shibam, Yemen
[source - businessinsider]

Baca "Inside war-torn Yemen's ancient skyscraper city dubbed the 'Manhattan of the desert' that 's on the brink of ruin". Link - businessinsider Oct 2019. 
- - - - -

Thursday, September 26, 2019

Ahli Atronomi Ottoman Taqi al-Din (1526-1585)

 

Taqi al-Din merupakan salah seorang astronomer terkenal period Ottoman. Nama sebenar beliau ialah Taqi al-Din Muhammad bin Ma'ruf ash-Shami al-Asadi (wiki). Beliau dilahirkan pada 1526 di Damascus. Pada 1574 Taqi al-Din telah dijemput oleh Sultan Murad III membina sebuah observatori di Istanbul. Taqi al-Din terkenal dengan kejayaan mencerap the Great Comet pada 1577.

Pada period hayat Taqi al-Din juga ada dua astronomer terkenal di Barat iaitu Tycho Brahe (1546-1601) berbangsa Danish lahir di Sweden  dan Nicolas Copernicus (1473-1543) berbangsa Polish.

Baca artikel "Ottoman science - astronomy and clocks". Link - quatr.

Sebuah medan pelacungan Tallinn (pada senja hari)

- - - - -

Tuesday, September 24, 2019

Observatori Istanbul (1577-1580)


Salah satu sumbangan kerajaan Ottoman kepada sains astronomi Islam adalah pembinaan sebuah observatori di Istanbul. Observatori Istanbul (Constatinople Observatory) adalah hasil usaha ahli astronomi Taqi al-Din (ada yang mengeja Taqi ad-Din). Nama penuh beliau Taqi ad-Din Muhammad Ibn Ma'ruf. Beliau lahir pada 1526 di Damascus dan meninggal dunia pada 1585 di Istanbul. Pembinaan Observatori Instanbul dimula pada 1571 dan mula beroperasi pada 1577 ketika pemerintahan Sultan Murad II. 

Dalam tempoh tersebut banyak cerapan astronomi telah dijalankan. Data yang dikumpul membolehkan Taqi al-Din memperolehi penemuan baru dalam astronomi. Antaranya Taqi al-Din telah memperbaiki apa yang dicapai oleh Tycho Brahe dan Nocolao Copernicus. Namun malangnya Observatori Instanbul telah terhenti penggunaannya dan lebih malang terus diruntuhkan pada 1580 atas arahan Sultan Murad II. Peristiwa ini berlaku berpunca dari pertikaian yang ditimbulkan oleh para ulama pada masa tersebut.

Tokoh utama yang menentang pembinaan Observatori Istanbul adalah Syakh al Islam sendiri. Qadi Ahmad Shams al-Din Efendi menyebut bawa observatori adalah ominous (giving the worrying impression that something bad is going to happen). Gosip juga menyebut obseravtori tersebut menyebab punca berlakunya pandemik.

Antara sebab observatori ini dibina ialah untuk melakukan cerapan astronomi bagi membetulkan jadual astronomi kumpulan Samarkand. Jadual Samarkand adalah usaha yang diketuai oleh Ulugh Berg ketika period kurun ke-15.


Foto menunjukkan aktiviti astronomi Ottoman yang diketuai Taqi al-Din

- - - - -

Friday, September 20, 2019

Makam Sultan Selim II


Antara artikel yang turut dibaca adalah tentang Sultan Selim II (r.1566-1574). Sultan Selim II diingati sumbangannya kerana menawan Cyprus pada 1571M. Sebelum itu pada 1567 Sultan Selim mengeluar perintah menghantar pasukan bantuan ke Aceh dalam usaha menentang Portugis. Pada period pmerintahannya berlaku penentangan oleh puak Syiah Zaydiah Yaman pimpinan al-Muntahhar. Tentangan Zaydiayah berjaya diatasi oleh tentera di bawah pimpinan Sinan Pasya.

Sulta Selim II meninggal dunia pada 1574 akibat terjatuh di kamar mandi. Sejarawan Orientalis menuduh beliau sebagai kaki mabuk dan kerana itu sampai terjatuh. Namun hal ini disangkal oleh ramai sejarawan Islam. Sultan Selim II diganti oleh anak sulung beliau Sultan Murad III. Namun suatu yang tragik berlaku sebaik Sultan Murad naik takhta. Beliau telah membunuh enam adik-adiknya kerana khuatir berlaku perebebutan kuasa.

Baca wiki - Salem II; turkisharcheonews .


Makam Selim II (source - flickr)

- - - - -

Monday, September 16, 2019

Makam Sultan Murad I - Kosovo


Satu lagi tapak kesan sejarah Islam adalah Makam Sultan Murad I di pinggir kota Pristina , Kosovo. Sultan Murad I adalah pemerintah Ottoman yang ketiga selepas Sultan Osman I (r.1299-1326) dan Orhan (1326-1362). Sultan Murad mula memerintah pada 1362. Beliau meninggal dunia pada 1389 dalam Perang Kosovo menentang tentera Serbia yang dipimpin oleh Prince Lazar. Pemimpin Serbia tersebut turut terbunuh sama dalam perang Kosovo. Makam Sultan Murad I menempatkan cuma organ dalaman Sultan Murad. Jasad jenazah beliau di bawa pulang dan dikebumi di Bursa. (wiki - tomb)


Makam Sultan Murad I di Pristina, Kosovo (source - hurriyetnews)

Baca "A Sultan's tomb off the beaten track" - ibid 2014.

Untuk bacaan di lain masa "The death of Ottoman Sultans" -  source - politika.
- - - - -

Thursday, September 12, 2019

Qutb Minar Delhi India


Satu lagi binaan peninggalan sejarah yang disebut oleh Robinson adalah Qutb Minar. Lokasi Qutb Minar adalah di Mehrauli, iaitu sebuah zon arkeologi, Delhi India. Qutb Minar di bina oleh Qutb ud Din Aibak pemerintah Muslim pada period Delhi Sultanate (1192-1526). Binaannya bermula pada 1193(9?). Delhi Sultanate dikatakan juga sebagai Slave Sultanate. Qutb ud Din adalah berasal dari keturunan Mamluk Turki.

Baca "The Qutb Complex and the arcuate system of construction in India". Source - sahapedia 2017.

Baca "Qutb Minar: lesser known facts about the world's tallest brick minaret". Source - indiatoday 2017.

Qutb Minar - delhitourism.


Qutb Minar (souce - indiatoday)

- - - - -

Sunday, September 8, 2019

Samarkand - Ahmad Yasawi Mausoleum


Petikan dari Francis Robinson page 55.

Robinson dalam bukunya memaparkan banyak tokoh dan foto mengenai sejarah Islam silam. Salah satunya tentang sumbangan Timur (d.1405) terutamanya di Asia Tengah. Antara yang disebut adalah tokoh Ahmad Yasawi 1093-1166 (wiki - yasawi). Beliau dipanggil juga sebagai Khoja Ahmad Yasawi (khoja = master) merupakan ahli sufi Turki yang terkenal. Ahmad Yasawi juga seorang poet. Kumpulan sufi Yasawiyya berasal dari nama beliau. Beliau meninggal dunia pada 1166. Tempat pemakaman beliau telah dibina semula oleh Timur pada tahun 1397. Pemakaman tersebut dinamakan Ahmad Yasawi Mausoleum. Lokasi Mausoleum adalah di Turkestan, Selatan Kazakhstan. (wiki - mausoleum).


Mausoleum of Ahmad Yasawi (source - electrum 2014)

Selain mausoleum nama Ahmad Yasawi juga diabadi kepada sebuah universiti - Ahmet Yesevi Univerity (wiki).  AYU ditubuh pada 1993.

- - - - -

Wednesday, September 4, 2019

Buku Time in Early Modern Islam (2013)


Buku "Time in Early Modern Islam - Calendar, Ceremony and Chronology in the Safavid, Mughal and Ottomen Empires" tulisan Stephen P Blake. Buku terbitan Cambridge U Press tahun 2013.

Kandungan:

Introduction
Safavid, Mughal, and Ottoman Empires
Calendar
Ceremony
Chronology: Era
Chronology: Millenarian
Conclusion

Folder - D falak jakim




Terbitan 2013
- - - - -