Apa yang Srikandi dedahkan ni bukanlah benda tersembunyi ke apa. Bukan fitnah ke apa. Benda ni dah pun dilaporkan oleh Malaysiakini.
Untuk menganalisis apakah ideologi atau propaganda yang ingin diracun oleh pasukan musibat ini, maka kita kena mengenali siapa 'de facto' pasukan ini. 'De facto' pasukan ini adalah perunding pengurusannya yang bernama Ranjit Singh Malhi.
Berapa penting dia ni dalam pasukan musibat ni? AMAT PENTING! Menurut laporan Malaysiakini tu, dia dan bekas Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya Sivachandralingam Sundara Raja akan menjadi PENULIS UTAMA!
Jadi kita kena belajar perkataan 'de facto' ni. Apa-apa pun sesuatu organisasi tu, kita kena perati siapa de facto dalam tu. Contoh PKM letak Melayu jadi pengerusi, tapi de facto nya adalah setiausaha agungnya, Chin Peng. Jadi pasukan musibat ni akan letak nama-nama Melayu sebagai boneka sahaja, tapi yang karang sejarahnya ialah mamat bernama Ranjit Singh Malhi ni.
Apakah pandangan dia kepada orang Melayu dan sejarahnya? Apakah konsep buku teks sejarah yang ingin dikarangnya? Semua blueprint dalam kepalanya ada dalam slide ini:
https://bit.ly/2UlVjkU
Sila baca sebelum dia padam.
Anda boleh meneliti slide ini dan anda akan dapati bahawa, sebagaimana tajuknya, orang ini menuduh sejarah Malaysia terlalu 'Islamik' atau 'Malay-centric'. Pandangan ini lebih kurang sama dengan isi memorandum NGO-NGO pendidikan Cina yang bertemu dengan timbalan menteri KPM tempoh hari. Mereka, sebagaimana pandangan Ranjit Singh Malhi, mencadangkan bahawa sejarah Melayu dalam buku teks sejarah Malaysia hendaklah dikurangkan/dihapus dan digantikan dengan sejarah kaum-kaum lain.
Padahal sejarah Malaysia automatik 'Malay-centric' sebab orang Melayu-muslim masih membentuk majoriti populasi Malaysia dan sejarah mereka memang mendominasi dan paling tua sebagai pribumi negara ini. Takkanlah sejarah India banyak cerita pasal orang India boleh dituduh 'Indian-centric'? Takkan sejarah China yang cerita pasal dinasti-dinasti China dilabel sebagai 'bias' atau 'Chinese-centric'? Common sense la.
Ranjit Singh Malhi juga berpandangan serupa dengan menteri musibat M Kulasegaran yang mengatakan orang Melayu sebagai pendatang. Baca:
Jadi, adakah orang ini akan bermurah hati menuliskan sejarah Malaysia dari kacamata pribuminya yakni orang Melayu yang tamadunnya sejauh 582 Sebelum Masehi dengan usia genetiknya "a par with Orang Semang" sejauh 60,000 tahun? Sudah tentu tidak!
Maka korang sebagai anak Melayu ni yang tanahair ini adalah "tanah tumpah darahku", tanah nenek moyang korang, jangan biarkan penjajah-baharu menuliskan sejarah tanahair korang sesukatapakkaki dia. Penjajah nak racun satu bangsa, dia racun sejarahnya dulu.
Jangan biarkan projek musibat ni dilaksanakan. Korang kena bersuara dan protes habis-habisan. LAWAN! Mana-mana perhimpunan kelak, kena naikkan isu ni. Tularkan. Sebarkan. War-warkan.
Jangan sampai korang dan anak cucu korang terjajah lagi dalam tanahair sendiri. Dijajah tu amat sakit, bisanya makan ratusan tahun. Sekali dijajah, nak usir penjajahan tu... minta nyawa, mintak darah mintak keringat yang mahadasyat tak terjangkau dek akal.
~Srikandi
fight for your history!