Tuesday, July 29, 2008

Geodetic Levelling NGS Manual 1981


Pada tahun 1980an menyaksikan agensi ukur merata negara dunia berusaha menubuhkan jaringan kawalan tegak. Teknik yang digunakan adalah ukur aras jitu dengan pelbagai kaedah kerja dan teknik bagi mengurangkan selisih pengukuran. Di Amerika Syarikat NGS telah mengeluarkan manual kerja geodetic levelling untuk diguna pakai. Manual tebal 162 m/surat terbit pada August 1981.

Source - nsg (link).


Manual Geodetic Levelling NGS

- - - - - 

Subjek matematik masih diselitkan dalam pengajian T3 ukur tanah. Topik yang dimuatkan mula dengan vektor calculus. Pengajar yang mengendali subjek matematik ialah Baharum Sanugi dari Jabatan Matematik FS. Subjek yang agak berat dan mencabar. Pelajar yang datang selepas diploma dan bekerja beberapa tahun pasti mengalami kejutan untuk menyesuai diri dengan environmen subjek matemik kerana sudah lama ditinggalkan. Malah akhirnya memang ada yang tidak dapat menerus pengajian semata-mata kerana kandas matematik.

- - - - -

Saturday, July 26, 2008

Peristiwa Bersejarah Sepanjang 1981


Berikut adalah beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 1981:

20 April – The Amanah Saham Nasional scheme was launched.

10 May – Sultan Ismail Al-Khalidi of Johor died at the age of 86. He was buried at the Mahmoodiah Royal Mausoleum in Johor Bahru. His son, Tengku Mahmood Iskandar was proclaimed as the 24th Sultan of Johor and 4th in the modern Sultan of Johor.

3 June – Soldier Kanang anak Langkau was awarded the Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) from the Yang Di Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah of Pahang for his bravery and sacrifice for fighting against Communist terrorists during the Insurgency.

June – The new Amanah Saham Nasional Berhad building at Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur was officially opened.

11 June – Wong Swee Chin, known as Botak Chin was executed by hanging at Pudu Prison, Kuala Lumpur.

16 July – Tun Hussein Onn resigned as prime minister due to ill health.

17 July – Tun Dr Mahathir Mohamad became the fourth Malaysian prime minister.

18 July – Tun Musa Hitam was appointed Deputy Prime Minister.

23 July – Work Minister Samy Vellu announced that the Penang Bridge, Penang would be constructed using the cable-stayed concrete girder method of the San Francisco Golden Gate Bridge instead of the steel-tied arch in the style of the Sydney Harbour Bridge.

9 August – Chinese Premier Zhao Ziyang visited Malaysia and met with Prime Minister Mahathir Mohamad.

17 September – The new Rajang Area Security Command (RASCOM) headquarters was officially opened in Sibu, Sarawak.

11 October – A Malay rubber tapper named Jaafar Patola killed six people and wounded 25 others in Parit Setan, a village near Benut, Johor before being shot dead by police.


Beratur untuk masuk sebuah restoran Seoul

- - - - -

Selain ukur kadaster (entri) beberapa subjek teras yang diambil sepanjang pengajian T3 ialah Fotogrammetri (PM Abd Hamid Tahir) dan Geodesi (tak ingat pengajarnya). PM Hamid pada period berkenaan memegang jawatan TNC HEP.

- - - - -

Wednesday, July 23, 2008

Setem Malaysia 1981

 

Setem Malaysia yang dikeluar sepanjang 1981.

14 February: International Year of Disabled Persons

21 March: Installation of the Sultan of Trengganu Sultan Mahmud

2 May: Industrial Training and Exposition Seminar

17 June: Silver Jubilee of the Malaysian National Committee of the World Energy Conference

31 August: 100th Anniversary of Sabah Celebration

16 December: Trees of Malaysia


Sabah 1881-1981

For more info - malaysia stamps link1

"Sabah marks 100 years of known history" - daily express 1982 (link).

- - - - -

Satu lagi subjek luar bidang yang diambil ketika T3 adalah geologi kejuruteraan. Subjek dikendali oleh pensyarah jemputan Ali Hassan dari Jabatan Geologi UM. Kelasnya sebelah petang diluar waktu pejabat. Satu perkara yang diingat tentang geologi kejuruteraan ialah melibatkan satu lawatan tapak. Lawatan ke sekitar kawasan lombong di Sg Way dan juga meninjau geologi sekitar projek terowong Genting Sempah. 

- - - - -

Saturday, July 19, 2008

Pekeliling KPU 1981

 

Sepanjang 1981 Ibu Pejabat Jupem mengeluarkan beberapa KPU untuk diguna pakai. Antaranya adalah;

Pek. KPU Bil 1/81: Pembekalan Buku Kerjaluar Kepada Juruukur Tanah Berlesen (kpu1 LYS - link1).

Pek. KPU Bil 4/81: Tanda Sempadan Konkrit Baru Yang Akan Menjimatkan Wang dan Tenaga Pengeluaran (kpu4 - link4).

Pek. KPU Bil 6/81: Datum Untuk Ukuran Kadastra dan Bering Akui (kpu julai - link6).

Pek. KPU Bil 8/81: Panduan Bagi Menyediakan Rajah Kerjaluar (kpu sept - link8)

Pek. KPU Bil 9/81: Diari Kerjaluar dan Diari Pejabat. (kpu dis - link9).


Peta souvenir Jeju

- - - - -

Subjek ukur kadaster masih terkandung dalam silibus T3. Pengajarnya datang dari Jupem. Pengecualian diberi kepada pelajar yang pernah bekerja sebagai TA di Jupem dan memenuhi syarat seperti mana ketetapan fakulti. Syarat berkenaan adalah pengecualian hanya diberi kepada mereka yang telah disah jawatan atau kepada mereka yang telah lulus peperiksaan jupem sekali pun belum sah jawatan.

Kelonggaran tersebut satu yang melegakan. Tak perlu hadir kuliah yang kelas diada sebelah petang selepas waktu bekerja. Juga tidak perlu ikut kerja amali yang panjang dan di lokasi jauh di luar kampus.


- - - - -

Monday, July 14, 2008

Geodimeter 122 & 140 (1981)

 

Syarikat AGA Sweden pengeluar produk Geodimeter tampil dengan dua model EDM baru pada 1981. Produk tersebut adalah Geodimeter Model 122 dan Geodimeter Model 140.

Petikan (geotronics - link):

Geodimeter 122 was an up dated version of the Geodimeter 120 with two novel features for setting out. Tracklight, a visible guide light to enable a reflector man to set himself on the correct bearing, and Unicom, a one way voice link along the measuring beam which allowed the operator to instruct the reflector holder to move forward or backward until the correct distance was obtained.

Geodimeter 140 was a total station instrument with digital measurement of distance, horizontal and vertical angle. The Geodimeter 140 saw the introduction of the first electronic angle measuring device with no optical parts. The angle measuring devices in both the horizontal and vertical circles each measure an electrodynamic, high frequency field which is integrated over the complete circle.


Geodimeter 140 (source - aga)

- - - - -

Ada satu subjek tentang EDM dalam silibus pengajian T3. Subjek tersebut diajar oleh Mr Daniel, seorang pensyarah senior dari FKE. Beliau menyampaikan kuliah sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dengan accent India. Penyampainya tidak menarik, suaranya perlahan. Kandungan kuliah pula agak bosan. Maka dengan ciri pengajaran dan pembelajaran yang sebegitu memanglah pencapaian pun tidak ke mana. Tambahan pula bahan bacaan yang ada hanya sebuah buku oleh CD Burnside.

Ironinya sepuluh tahun kemudian diri sendiri diberi tugas untuk mengajar subjek yang sama. Sebuah monograf dapat disediakan dan kandungan kuliah juga dirasa boleh mencapai silibus yang disediakan.

- - - - -

Saturday, July 12, 2008

Tesis MSc Geodesi UNB 1981

 12072008

Tesis geodesi peringkat Master UNB sepanjang tahun 1981. Ada lapan semuanya iaitu lima MScE dan tiga lagi MEng.

Mohammad-Karim, M (Iran) MScE “Diagrammatic Approach to Solve Least-Squares Adjustment and Collocation Problems”.

Najafi-Alamdari, M (Iran) MScE “Local Evaluation of the Geoid from Gravity Data”.

Ordonez-Pinzon, G (Colombia) MScE “An Evaluation of the Nature and Potential Role of the Colombian Cadastral System”.

Piche, B. (Canada) MScE “Design and Development of a Lower Order Analytical Plotter”.

Vost, D. G (Scotland) MScE “A Method of Absolute Orientation Using Digital Entities as Control”.

Azadegan, A. M (Iran) MEng “Elements of a Cadastral Mapping System for Iran”.

Mahmoud-Karimi, S (Iran) MEng “Geometric Route Design”.

Mashaic, A (Iran) MEng “Screen Printing Applied to Multi-Colour Mapping”.

Najafi-Alamdari dari Iran berikutnya menyambung PhD di bawah seliaan PV dan bergraduat sekitar 1996.


Sepetang di Tokyo

- - - - -

kebanyakan pelajar lanjutan t3 mendapat penginapan di flat kpg baru. bilik yang didiami period tersebut sekitar tingkat 9. teman sebilik waktu itu termasuklah dua pelajar dut iaitu rozi (ex-poli kuantan) dan seorang rakannya yang bekerja dengan kesedar gua musang. berulang-alik ke kampus cuma lima minit dengan motosikal. 

- - - - -

Thursday, July 10, 2008

Tesis Geodesi UNB 1981

 

Berikut adalah  satu tesis habilitation German dan dua tajuk tesis phd geodesi UNB sepanjang tahun 1981.

G W Hein (1981) Untersuchungen zur terrestrischen Schweregradiometrie / Studies on terrestrial severity gradiometry (Habilitaion).

Lugnani, Joao Bosco dari Brazil “Using Digital Entities as Control”.

Steeves, Robin Roy dari Canada “Estimation of Gravity Tilt Response to Atmospheric Phenomena at the Fredericton Tiltmetric Station Using a Least Squares Response Method”.

Dr Lugnani datang dari Universidade Federal do Parana, Brazil dan kajian beliau seliaan Prof Salem Masry (isprs - link).

Source - link.


Mesin pembaca kad IBM

- - - - -

Antara subjek yang menarik minat ketika T3 adalah aturcara komputer. Subjek diajar oleh pengajar dari Jabatan Sains Komputer. Beliau lulusan dari sebuah universiti US dan memegang jawatan Ketua Jabatan Sains Komputer. Cara pengajarann beliau amat seronok - sentiasa ketawa dan percakapannya juga sopan. Penyampaiannya jelas, bersungguh dan sangat membantu. Maka dengan corak pengajaran yang  sangat berkesan maka gred yang berjaya dicapai pun sangat bagus.

Subjek pengaturcaraan komputer ini sangat bermanfaat. Banyak pemakaiannya yang sangat membantu terutama dalam bidang ukur kerana banyak melibat kerja hitungan.

- - - - -

Friday, July 4, 2008

FIG Congress Montreux (1981)


The 16th FIG Congress was held in Montreux, Switzerland, in August 1981.


The FIG Montreux Proceedings - Commission 6
- - - - -

Kelas T3 pada setiap tahun akan mengumpulkan pelajar dari berbagai kelompok. Paling ramai adalah mereka yang naik dari T2. Rata-rata mereka berusia tiga tahun lebih junior (lahir pada 1961). Kumpulan kedua  adalah mereka yang sudah bekerja dua tahun (atau alumni Dip pada 1979). Antaranya adalah IT, SM, dan RW. Kumpulan lain adalah mereka yang lebih senior sudah lebih dua tahun bekerja (NAA ex-felda, IS, Ali bin Ahmad dan AR ex-topo dan mengulang T3). Ada juga kelompok TA yang bekerja setahun (SS dan RG). Dua pelajar turut mendaftar adalah staf Uitm (AM dan ZI).

- - - - -

Wednesday, July 2, 2008

Secord BSc Fredericton Approach (1981)


The analysis of deformation at UNB SE Dept began with a method known as the Fredericton Approach. The pioneer implementation of the FA was described by James Secord in his BSc thesis submitted to the SE Dept. The work was completed in 1981.


The cover page of Secord's BSc thesis

- - - - -
Pada bulan Julai kembali menjadi pelajar. Mendaftar untuk menyambung pengajian sut bersama rakan serumah Tapah. Turut sama beberapa teman lama sewaktu pengajian dut. Perkara yang tentunya paling dirasai adalah tiada lagi gaji bulanan pada setiap hujung bulan. Maka hidup perlu berjimat dengan apa yang ada.

- - - - -