Thursday, May 18, 2006

Setem Pos Keluaran Tahun 1974

 

Setem Pos yang dikeluar saban tahun dapat mencerita sedikit peristiwa dan sejarah yang berlaku pada tahun berkenaan. Sepanjang tahun 1974 ada enam setem yang dikaluarkan.

1 February: Establishment of Kuala Lumpur as a Federal Territory

25 April: 7th Annual Meeting of the Board of Governors of the Asian Development Bank

1 August: Malaysia Scout Jamboree

1 September: 25th Anniversary of the National Electricity Board

9 October: Centenary of the Universal Postal Union

31 October: 4th World Conference on Tin in Kuala Lumpur


Setem Persidangan Timah Sedunia ke-4, 1974

- - - - -

Saturday, May 13, 2006

Tesis Geodesi UNSW Sekitar 1974

 

UNSW merupakan institusi ternama dalam surveying sekitar tahun 70-an. Berikut adalah beberapa tajuk tesis phd yang dihasilkan di UNSW sekitar tahun 1973 dan 1974. Ia sebagai petunjuk kepada perkembangan yang berlaku dalam surveying pada period berkenaan.

UNSW telah punya Tellurometer MRA101 sejak tahun 1966.

1973:

Stolz, A. “Three dimensional Cartesian coordinates of part of the Australian Geodetic Network by the use of local astronomic vector systems” (BSurv UNSW 1963).

1974:

HL Mitchell “Relations between mean sea level and geodetic levelling in Australia”.

AJ Robinson (BSurv UNSW 1962) “A study of zero error and ground swing of model MRA101 Tellurometer”.

Nota: Majlis persaraan Art Stolz sekitar Jun 1998.



Art Stolz berdiri tengah (di apit oleh Trinder dan Kearsley)

- - - - -

Rutin ketika T4 adalah ke kelas semula selepas selesai rehat makan dan solat zohor. Sebelah petang ada roll-call untuk persediaan Maghrib di Masjid. Selesai solat makan malam dan selepas itu kelas prep. Sekiranya masing-masing punya disiplin tinggi sudah pasti segala hal subjek yang dipelajari berjalan teratur elok.

Namun begitu period dengan masing-masing bebas dengan cara sendiri dan tanpa sesiapa menegur maka kecenderungannya adalah untuk tidak peduli sangat kepada pelajaran. Cuma setakat menyudah kerja sekolah. Itu pun bila ada kerja sekolah. Kalau tidak maka duduk sesaja tanpa.


- - - - - 

Monday, May 8, 2006

FIG International Congress - Washington 1974

 

FIG Washington XIVth International Congress was held in Washington in Sep 1974. This is the earliest FIG proceedings available at PSZ library.

[This entry is taken from fght website].


Proceedings of the FIG Commission 6

Laporan FIG 1974 antara lain melapor Australia telah jauh maju ke depan dengan paper tentang pemakaian EDM dibentang oleh Tony Robinson (link). Para delegasi juga dibawa melawat NASA dan Dr Von Braun menyampai keynote on the use of satellites for environmental management. [Dr von Braun adalah saintis roket berasal dari Jerman. Beliau berhijrah ke Amerika selepas Jerman kalah kepada tentera bersekutu pada 1945].

Malaysia menganggotai FIG sejak 1968. Berbanding Australia 1965, New Zealand 1969, dan Indonesia 1976. Baca history of fig (link - fig).

- - - - -

Pada bulan September (tahun persidangan FIG di Washington 1974) berada di Tingkatan 4 dan penggal ketiga persekolahan. Satu yang tidak begitu baik dalam perjalanan persekolahan. Subjek kimia dan biologi agak boleh tahan. Namun Fizik agak ke belakang kerana subjeknya agak berat dan diajar pula oleh guru Indonesia. Kalau tidak silap beliau tidak penuh kedatangannya. Satu sebabnya kerana beliau dalam persiapan untuk balik ke Indonesia. Mungkin kontrak telah hampir tamat.

- - - - -